Thursday 17 January 2013

#apa salah


apa salah buat kerja dengan kemas & tak serabut. buat sambil lewa atau sungguh-sungguh, penatnya masih sama rata. bezanya makian atau pujian di sebaliknya. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang buat kerja biarlah bersungguh.

#orang menilai bagaimana kita mengurus kehidupan sendiri walaupun sekadar melihat kekemasan almari baju kita. :)

Wednesday 16 January 2013

#ada orang tanya


ada orang tanya :

eh, kenapa eh. semua subjek mesti nak ada belajar sejarah la, asal usul la apa la. boring kan. camna penggubal syllabus tu boleh terfikir nak masukkan? cuba kau komen sikit.

hmm. betul dah la tu. memang pun, kita belajar untuk masa depan, belajar perkara baru. sepatutnya belajar benda masa depan. kenapa nak pusing pandang balik ke belakang. haru benar tu. tapi mungkin kata Tun M tu betul.

"siapa yang tak belajar sejarah, dia akan mengulangi sejarah"

# tapi mungkin jugak Tun M cakap dalam prospek sejarah yang negatif, which means sejarah peperangan atau rusuhan. kalau sejarah yang baik apa salahnya diulang-ulang, kan? amboi. kemain. kau lagi gempak dari Tun M ke, Aini? sighs. sedang kumpul-kumpul duit & timbang-timbang angan-angan nak beli buku idaman sekian lama.

#sekian lama mengidam. entah bila nak tercapai. tunggu sale 50% masa semua orang dah berkurun baca agaknya. -.-

#sinisnya


nota kepala : mungkin ini kelakar & sinis, tapi saya rasa ianya comel dalam menyindir. heh. sekali lagi, kopipasta dengan olahan dari sumber unknown. :) 
(publish setelah 6 minggu dalam draft)



miliki suami kurang kacaknya
asal sembahyang fardhu dijaga, rajin mencari nafkah untuk keluarga, pulangnya dengan senyuman walau letih menduga, anak menjadi hiburan pengubat luka, isteri pula apa kurangnya.

miliki suami kurang hensemnya
waktu malam ke rumah Allah jua, dibawanya kita bersama sama, santapan rohani jiwa dan raga, walaupun berkenderaan kancil buruk pintunya, pulang dari masjid char kuew tiaw santapan bersama, bukankah itu kebahagiaan impian semua?


daripada suami hensem bergaya
egonya tinggi melangit solatnya entah ke mana, kenderaanya hebat laju dipandunya, sampai mentua terpelanting gigi palsunya, mencari suami berhidung mancung, muka je hensem agamanya kosong, jadi rebutan si gadis bingung.


kalau kacak apa salahnya
asalkan agama jadi pakaiannya, kalau jumpa lelaki sedemikian rupa, pergilah meminang jumpa orang tuanya, jangan dikata perigi mencari timba, itu istilah salah tempatnya, sedangkan Nabi cantik akhlaknya, dipinang Khadijah jadi suaminya.



#definisi student


ada orang kata mahasiswa/i universiti adalah :


a student that you-never-study


(?)

#hmm. question mark di situ. nasib satu je. meng-iya tidak, mem-bangkang tidak. geleng kepala je.


Tuesday 15 January 2013

#memang tak ke mana



Mahasiswa : jika tidak mampu menulis dengan bagus apa salahnya anda membaca. Luaskan ruang lingkup kehidupan, cammon la. Hidup anda bukan sekadar gossip artis, cerita chenta dongeng tak sudah, line wifi yang teruk, kawan-kawan & arahan terburu-buru pensyarah untuk siapkan assignment.

Membaca tak perlukan bakat. Baca, nilai dan buat kesimpulan. Banyak perkara perlu dipandang & difikirkan. Masuk universiti menjadi pemikir & pencetus. Ambil tahu persekitaran anda & jana mentaliti. Baru namanya mahasiswa. Baru namanya masuk universiti. Takdelah namanya hidup zaman tok kaduk atau katak bawah gelas kaca, memerhati tanpa berfikir.

nota kaki : malas membaca memang tak ke mana lah.



#kena kat diri sendiri



ZZ kata : kalau Tuhan nak ungkit salah kau dengan DIA, aku yakin kau tak larat nak dengar. 

#dannngg! kena kat diri sendiri.




#kata-kata adik junior



ada seorang adik junior. pernah sesekolah. pernah seasrama. cuma tidak pernah sedorm apa lagi sekelas. kata-katanya di facebook, selalu buat saya terpukul ke muka sendiri. bukan sebab dia lantang suarakan pendapat. kata-katanya pun tidak buat orang kecil hati. tapi tegurannya sangat bermakna. tajam dan padat. tulisannya selalu buat saya rasa kagum :)

Untuk sebuah blog .
Kita sebenarnya tak begitu perlu memikirkan follower .
Tetapi reader dan thinker .
Kerana follower tidak semua membaca dan menghadam .
Tetapi reader dan thinker melakukannya .


#diduga




mungkin sengaja saya diduga dengan wifi yang slow supaya beringat-ingat esok masih ada exam.

#rasa blog sendiri jadi halimunan sebab dah habis loading siap refresh 3 juta kali pun cuma keluar skrin putih. pfft.


#provokasi



ada rakan saya yang tinggal di Mesir, entah kenapa suatu hari berani memprovokasi saya bila dia tahu saya belajar politik dari perspektif geografi.

katanya, kenapa langsung tak mahu post fasal politik? tak mahu share sambil buat ayat sedih tacing tahap ke tujuh. 


"bagi saya semua orang ada pendapat masing-masing, saya menghormati prinsip itu. walau kita kuat menyokong si A, rasanya tak perlu expose sangat sebab kita pun tahu tak semua sebulu dengan kita. kalau hanya dengan expose benda-benda macamtu ada pihak tersinggung dan bergaduh rasanya tak payah kot. lebih baik jadi silent observer, kuasanya besar tahu! :)"


saya memilih jalan tengah, bagi memberi ruang yang adil antara dua pihak. bukan saya tak mahu berkongsi namun bagi saya, biarlah berpada-pada. walau apa pun, saya menyanjung tulisannya, dia sangat matang. ini apa yang dipostkan ke wall saya tempoh hari.




#siap berlove-love bagai, islam agama kasih sayang :)

#kenapa dengan hashtag #listen #listen #listen?


kenapa dengan hashtag #listen #listen #listen?

wow. kalau kanak-kanak sekolah rendah belum akil baligh saya boleh faham kalau soalannya begitu. atau yang bertanya tu nenek bergigi dua. ini yang bertanya mahasiswa/i sendiri. yang sekurang-kurangnya ada diploma.

hadoi chek kak. bukan nak suruh condong ke kanan ke kiri. at least, tolong lah ambil tahu isu semasa.

bukan sekadar ber-rusuk kiri ber-rusuk kanan, 
ber-imamkan dikau, ber-makmumkan aku.

bila update status pertanyaan begitu, tak ramai yang nak komen, sebab malas nak explain. kenapa tak guna google? bertanya begitu, update begitu, hanya buat orang pandang kamu macam eh takkan la tak tahu.


#respon & sense = zero


#cammon la, facebook tu function apa. google tu guna. tolong jadi insan celik minda sikit. terima kasih.
(tiba-tiba blog ni macam hangit, panas sangat kot?)

#malas melampau



rasa sanitary bin dengan tong sampah biasa lain bentuk, apa lagi fungsinya. tapi kenapa plastik sabun basuh baju dalam sanitary bin? bukan sebab dia tak faham fungsi atau rabun tak kenal bentuk tong, mungkin dia cuma tak cam itu sampah apa.

#my dear ladies please la kasihan dengan makcik cleaner. i know you are paying their monthly rice tapi kalau tak membantu dia, jangan bebankan. ohh rasanya korang tak tahu, sebenarnya yang bersihkan sanitary bins tu adalah seorang PAKCIK. dia yang asing-asingkan. jangan tunjuk sangat sikap malas.





Monday 14 January 2013

#mesej jiwa-jiwa





semester 5 yang saya rasakan baru sahaja bermula telah mula melabuhkan tirainya. telah dua minggu saya lalui minggu peperiksaan akhir. dan masih berbaki dua kertas lagi untuk saya jawab (termasuk esok tapi sempat lagi nak cerita-cerita kat sini, kemain!) sebelum balik bercuti walau taklah cuti mana dengan tesisnya dengan program anak angkatnya dengan praktikalnya dengan program kebudayaan kelabnya semua tak setel-setel.

waktu peperiksaan adalah waktu yang semua orang rasa, selagi ada masa selagi ada nyawa semua nota rasa nak telan sebab sebelum tu tak pernah ulangkaji langsung. (saya rasa tiba-tiba tone bacaan saya menjadi laju) kalau boleh waktu ke tandas selagi mampu ditahan, waktu makan aahh tak payah lah, puasa aja, waktu tidur selagi boleh ditongkat kelopak mata err rasanya tidur jelah terus.

minggu peperiksaan pada saya masih sama macam biasa, masih bermain-main dengan rakan-rakan facebook (padahal main farmville) masih huhahuha ke sana ke sini macam orang hilang pedoman tapi yang pasti tidur saya jadi tak tentu arah. selalunya jadi semakin pendek. kalau waktu biasa matahari dah tegak dah condong balik baru nak bangun, hari tak biasa (nak exam kononnya) saya hanya akan masuk tidur bila bulan pun dah malu nak terangkan malam.yalah waktu siang main sahaja kerja, waktu malam baru sibuk nak buat homework kata emak sambil cekak pinggang. eh macam dialog biasa kat rumah heh. waktu malam baru sibuk nak ulangkaji.

tapi jadi kebiasaan saya, sebelum masuk exam hall, SETIAP KALI & SETIAP KERTAS yang akan saya jawab, saya akan hantar mesej kepada 3 orang yang paling saya sayang. ummi & abah. :)

pagi tadi hantar begini,
"ummi abah, mohon didoakan kakak masuk ke exam hall pukul 12 dengan rasa senang hati & dipermudahkan urusan :) "

abah balas begini,
"prasangka baik akan memudahkan perjalanan roh & jasad, maka bersangka baiklah dengan Allah, Rasul, guru-guru dan semua orang. kelak dipermudahkan perjalanan anakanda,"

ummi balas begini,
"ummi sentiasa doakan & bacakan yassin untuk kejayaan puteri ummi, insya-allah dipermudahkan urusan anak ummi,"

aww aww bukan saya tak biasa terima mesej jiwa-jiwa daripada ummi & abah. tapi saya rasa terharu sangat dan saya rasa gementar juga kalau-kalau usaha saya tidak cukup, lalu menyebabkan ummi dan abah bersedih kerana saya. demi Allah, saya terlalu sayangkan mereka. apa lagi, tentu sahaja mereka tahu perangai saya yang pemalasnya masya-allah jiran sebelah rumah punya kucing pun lagi rajin.

mesej mereka saya balas begini,
"insyaallah, terima kasih abah ummi. semoga guru-guru redha dengan ilmu yang ada pada kakak sekarang,"

lalu saya sambung dalam hati,
"semoga Allah redha usaha ku hanya untuk menggembirakan kedua orang tua ku,"

Ya Allah, peliharalah kebahagiaan keluarga kami. peliharalah kedua-dua ummi abahku seperti mana mereka melindungiku sewaktu kecilku.




Tuesday 8 January 2013

#ingatan untuk hati





Hati-hati memilih pasangan. Jangan setakat mahu berteman saja. Bahagia itu tidak sekadar wujud dalam ketawa. Jangan sekadar mengharap kekal bersama di syurga tetapi tidak sama-sama berusaha :)





Tuesday 1 January 2013

#jangan

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

 Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain, maka kamu akan dipedulikan.

Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

 Jangan menunggu terinspirasi baru menulis, tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.




#fikirkan

Lelaki
fikirkanlah tentang hal ini

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
maka semuanya karena dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya.. ..

Pertimbangkanlah

Karena suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk ucapkan kata MAAF!