Wednesday 27 February 2013

#pru-13


dah boleh mengundi! :)


#warning


tadi bukak yahoo mail, nak check kot prof. tanya pape pasal tesis. tiba-tiba keluar notis ni.

opps. twister, i think should say goodbye to you :D



Tuesday 26 February 2013

#things i hate the most


perasaan masa pergi kenduri kahwin, lepastu tengok-tengok ada :


. karaoke yang melalak-lalak speaker nak bagi dengar satu kampung .


.tetamu yang tak sopan dengan rambut tak berwarna hitam pakaian ketat merokok tak hormat orang tua dan tetamu lain - tak makan tapi duduk walau seat tak cukup waktu peak hour etc .



#hukumnya tak wajib hadir betul kan? err. saya nak makan nasi kenduri je.




#i profit u, u never profit me


Too many to be described what I’ve go through since last night till now, late evening on 13 February of 26th.

last nite, tak dapat tidur sebab mengada sangat tidur lepas maghrib then bangun pukul 9.30 mandi segar-segar solat isyak menghadap tesis sambil minum nescafe. lastly at 4 am  baru terlelap. bangun subuh then siap-siap segala barang bagai tidur lagi bangun pukul 10.30 kelam kabut pergi fakulti sebab dah janji dengan cik siti nak ajar dia crosstabbing segala bagai mak nenek guna SPSS kat PPSPP.

dah la terlewat, janji pukul 11 tapi sebab cik siti pun baru bangun jugak, semua decide nak pergi lambat. 

yang terbaik dengan servis bas UKM adalah, selang sejam baru ada bas. dah berpeluh-peluh, hati membara nak meletup, muka merah padam pun bas tak sampai-sampai lagi. sampai 3 kali bas berhenti tapi each one tak nak terima penumpang. hey apa ni, kami bayar yuran kan. bengkeknya. last sekali dapat bas pukul 12.15. memang janji ditepati sungguh.

sampai PPSPP baru teringat nak pulang tesis tapi tesis tu tertinggal atas katil. tesis yang dipinjam secara haram tanpa pengetahuan cik din. hee.

sampai pukul 2 masuk kuliah climate change by prof. Mastura. she's teaching well, amazing facts yet little bit boring. plus, air cond seejjuuuukkk sangat bagaikan kat kutub utara. sampai sengaja take 5 semata sebab bosan dan sejuk.

balik elok je nak cepat daripada nak hujan sampai dah hujan, jangankan bas, bayang pun tak sampai. bengangnya.

dari semester 1 membawa ke semester 6
dari junior membawa ke senior
isu bas dan bus stop tak pernah ada solusi
dari kiffah naik ke rengit dan last sekali bas ukm sendiri
yang teruk semakin teruk

kiffah, cuma ada masalah akhlak driver. setiap setengah jam tepat ada sampai 3, 4 buah. kalau bas depan sesak boleh pilih bas belakang. bebas dan senang. kondisi bas semua tiptop.

rengit, ada masalah bas kurang, tapi masalah jadual setiap setengah jam masih cuba dipatuhi sebolehnya dan driver yang ramainya macam indon boleh dipejamkan mata. also, bas yang tak berapa nak selesa.

bas ukm : ada semua masalah kat atas, driver suka maki hamun, tak berhenti setiap bus stop (dia harap penumpang bagitahu atau penumpang kat bus stop tahan dia kat tengah jalan), bas tak selesa (tak semua ada air cond), jadual perjalanan tu sebenarnya cuma buat hiasan je dan paling tak tahan, LEWAT.

isu bus stop pun sampai dah malas menyebutnya. bus stop waktu hari cerah memang tak jadi hal walau tak ramai yang dapat berteduh bawah bumbung. rela berdiri sebab tak ada seat. tapi waktu hari hujan cuba lah jenguk-jenguk sikit. dah la seat tak banyak, yang ada pun rongak-rongak. bus stop tu dah sedia kecik, itupun bumbung bocor lagi. kambing pun lari tahu kena air, apa lagi manusia yang dah penat seharian berkejar ke kelas dengan membawa segala laptop bagai. nak ke mana lagi.

lepas dah cukup kena hujan, tumpang teduh di surau kolej. surau cantik dah. semua tiptop. toilet. tak ada kunci pintu & getah paip. mahal sangat agaknya nak banding dengan yuran kolej.

look, i've never know where's my money gone, but please. please provide me what u've been paid for. 

#apa lagi masalah ukm ni. lagi bengang bila dapat tahu semua field work dibekukan. dapat merungut kat sini je. sebab tahu tak ada siapa nak dengar cakap belakang orang kecil macam kita.


Monday 25 February 2013

#bakat semulajadi mereka yang owsem!

once, masa cuti saya pernah tertengok rancangan Safiyya kat tv9. saya tak pernah tengok pun sebelum ni and this once adalah sebab abah tersalah tekan channel.

its a catchy show, esp for those chic yang fashionista lah. kalau macam saya cuma suka tengok part restoran mana makan best. (hekhem. memang sesuai untuk saiz badan)

ada satu slot untuk Azah Chan. she's making her hobbies as profits. dia buat kad yang sangat-sangat gojes. sangat cantik. sangat kreatif.

anyhow, saya follow dia & terjumpa another one Azreen Chan. tak tahu lah depa ni siblings or what, tapi sangat kagum sebab dua-dua pun kreatif. both them can sewing, beading,& drawing by raw marker. WOW.

memang tabik untuk orang-orang yang berbakat seni kraftangan ni. and sebenarnya cuma nak bagitahu tujuan entry ni ditulis, dah terorder handphone pouch dari Ayu's Felt Craft. wondering around and u'll find out that you just wanna buy some. sighs, like me. hee. :D





# ni antara contoh felt craft. comei kan? mana tak cair mata hati & duit sekaligus?

#ya, saya tahu gaya tulis ni agak menggedik sikit. saja try waktu 3 pagi ni. 

#BB1M

semester akhir yang bosan. dibenarkan untuk berasa bosan untuk dua sebab :

a) kelas terlampau sikit
b) kena siapkan tesis, sebab tu kelas sikit

well, nama pun student yang tak begitu rajin, walau banyak masa untuk siapkan tesis, semua masa tu digunakan untuk ntah-hapa-hapa-ntah macam tengok tv, googling, blogging. eh.

tadi kelas batal, patut ganti dengan bengkel penulisan FYP, tapi bengkel batal jugak so so so saya decide nak ambil BB1M. ssoooo excited sebab dah listkan banyak buku, bajet dapat BB1M tu sampai 3 juta gamaknya.

#ha macam gining laa rupa baucer tu. siap dalam sampul lagi. macam duit raya C:


wishlist for the books :-



#ni antaranya jelah. rasanya kalau sampai kinokuniya mesti serabut nak pilih mana satu nak amik sebab tak cukup baucer.


Sunday 24 February 2013

#wanita

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.



# AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada ♥

Thursday 21 February 2013

#bruxism


dah seminggu masuk semester baru, still have fun in the mood walau tesis prof mintak sampai ke bab 2, but even first chapter I didnt work for it. so hardwork of you -.-

ilmiah sikit kali ni, cuma nak share BRUXISM.

saya tak tahu apa rasanya tidur sebantal dengan manusia yang ada kelebihan mengasah gigi. sebab, saya adalah antara manusia yang mengalami sakit ini (kalau boleh dikatakan sakit, setengah kata ianya tabiat)

anyway, bruxism adalah aktiviti asah gigi/ laga gigi secara simple definition. kalau nak tahu lebih boleh la tanya enche Google. klik sini klik sini klik sini ada yang kata itu tanda gangguan jin. 

tapi secara jujurnya, saya lebih suka pendekatan sains yang menyatakan bruxism merupakan hasil tekanan/stress pada siang hari yang diterjemahkan melalui aktiviti mengasah gigi pada waktu malam.

"rasa macam nak kejutkan je bagitahu nanti gigi tercabut"

"kalau letak pensil mesti pensil tu patah"

"terkejut mula-mula, rasa ngilu sangat tapi lama-lama dah biasa"

"malam tadi tak boleh tidur, orang bilik sebelah tu tak habis-habis asah gigi. dah tajam belum?"- ni adik lelaki bebel.

tu lah antara respon kawan-kawan, roomates & ahli keluarga sendiri. orang yang tak alami benda ni memang mudah untuk mengata. walau bukan menghina, tapi kadang-kadang saya terasa juga sikit sebanyak. senyum aja lah.

bruxism, bagi saya, bukan satu tabiat. tabiat adalah perkara yang biasa dilakukan bermula dengan kesedaran sehingga satu tahap menjadi luar sedar setiap kali melakukan aktiviti tu. tapi bruxism bukan macam tu. bruxism tak boleh dikawal. ia di luar kesedaran dan saya tak rasa ia sakit keturunan, walau abah & adik perempuan saya mengalaminya.

sampai satu tahap, bila saya bangun tidur tahu-tahu gusi berdarah & untuk satu tempoh waktu gigi saya akan sensitif terhadap ais serta beberapa jenis makanan lain. sakit, saya sendiri yang merasa. segan pun ada, tapi tebalkan muka. sebab ubatnya tiada di farmasi. semoga saya cepat sembuh.






# harap jangan mudah mengata, kalau tak pernah rasa.