Tuesday 23 July 2013

#first entry ever after almost a month

assalamualaikum.

sekian lama tak sempat nak menjengah blog-ga-gi-gu nih,akhirnya taraa...*ketuk gendang

sebenarnya sekarang i'm in my practical sem in final sem in final year. the last of the last.

the job was not so bad, that i just cant go through anymore.fuh bajet sunggooh kau. nope la, just aku rasa aku memang tak boleh adapt dengan kerja di jabatan kerajaan yang 8 jam duduk dalam air-cond. plus faktor lain jugak. *tutup fail. tak baik mengumpat dalam blog.hari ni hari rabu.

serba ringkas untuk seminggu ni, setelah aku balik dari Besut (kempen mengundi selama 5 hari)  Isnin pukul 10.30 malam, maka pada hari selasa pada pukul 9 pagi aku telah mendapat arahan ke Gopeng serta merta sehingga Khamis. kemudian Ahad sampai Isnin di Bukit Tangga, Kedah. 

kau rasa job aku heaven? tak syok langsung weehhh.

so today, aku di Gopeng untuk hari kedua.menginap di Seri Malaysia Ipoh, yang komfemnya ditanggung,aku nak komplen pasal hotel ni je.

aku memang seriau kalau kena menginap di Seri Malaysia.sebab, kena iron baju kat luar.which is, kau kena pakai segala serba serbi menutup aurat bersopan gadis melayu jawa yang terakhir. iron board tu tak boleh laras untuk ketinggian wanita asia yang rendang macam aku.tau tak macam apa?macam hampeh.dan kau tak boleh seluk baju kat iron board tu, in case kau nak iron baju bermanik.akhirnya...tudung dan baju berkedut pun berjaya dihasilkan dengan jayanya oleh si aku. dasar.

second, untuk satu malam aku di Ipoh, kenapa pintu bilik aku susah gila nak bukak dari luar wehhh?sampai merah-merah tangan aku nak pulas pintu.emangnya aku bisa kerja tukang kunci kan?gampang (senang maksudnya.bukan aku mencarut duh.) aja kok.

semalam lepas check in, aku masuk bilik aku disambut dengan air mencurah-curah yang terus membasuh muka aku yang sedang kehausan dan kelaparan akibat berpuasa.air yang datang dari pemanas air yang bocor paipnya sampai bilik aku sedang mengalami musim banjir walaupun kat luar panas dan jerebu.heaven kau.

okay lah.aku dah kena gerak.setakat ni dulu.banyaklagi benda nak cerita dalam tempoh almost a month aku join MOA.(tak boleh mention spesific ofis aku bahagian mana,cari pasal)

happy fasting,bye.