Friday 7 March 2014

#tanah airku

tanah airku
suatu ketika dahulu
sejarahnya gemilang dikatakan
laksamana dan pahlawan wangi namanya
si bijak dimuliakan
pemimpinnya adil
harmoni menyentuh hati

kini
apa lagi yang boleh aku ceritakan
apa lagi yang aku boleh harapkan
untuk generasi selepas aku
untuk anak cucuku

akhlaknya musnah
ditelan modenisasi
hak asasi tercabul
kerana kuasa si dua muka
amannya tiada lagi
sempitnya hidup
ekonominya punah
masyarakat porak peranda
jenayahnya tiada henti
setiap saat, nyawa si watan bagai diintai
tiada nilai
si cendekiawan 
ada yang tersangkut dengan sandiwara sendiri
ada yang kuat menceritakan kebenaran
akhirnya kecundang

mana pergi sopan santunnya
mana pergi budi bahasanya
apa lagi
yang aku boleh ceritakan
tanah airku
kini.