Sunday, 11 May 2014

# supplement

assalamualaikum and hai :)

first of all, maaf sebab kena sapu-sapu habuk sikit. memang dah terlampau lama tak buka blog ni. since I work in Putrajaya, nak cerita experience kat sana pun tak dan lagi and now I'm  a teacher pun still tak sempat. ALLAH. masa 24 jam tu nda tahu buat apa.

apa pun, bukan nak cerita apa. cuma nak share pasal supplement yang aku pernah try. aku start ambik supplement ni masa final year in UKM. sebelum tu memang tak nak sentuh langsung disebabkan rasa fobia - aku takut kalau benda aku makan tu kononnya sebagai extra support but become poison in future. dan nak cerita ni pun sebab ramai pulak member tanya. (tak tahu tanya serius atau perli ekekeke tapi aku ni innocent, jangan risau)

supplement yang aku pernah makan hanyalah Catalyst VCO. but now, since last night aku decide nak try Blackmores EPO 1000 mg. ini bukan iklan dan testimoni ye puan. cuma nak share pengalaman sikit. eh dah kenapa makin lama aku rasa ayat-ayat aku ni macam nak buat esei SPM, tak gaya nak bercerita pun.

Catalyst VCO ni aku makan 2 biji sehari sebelum tidur. DAN selepas aku mampu jamin boleh tahan perut aku daripada merengek-rengek tak tentu hala minta dilempang diisi. maksudnya selepas aku telan VCO aku akan pastikan aku tak akan sentuh sebarang makanan dan cepat-cepat tutup mata dan baring kat tilam supaya boleh psiko perut aku nih. kenapa tak makan waktu pagi? haaa... jeng jeng jeng !

*ketuk gendang

dah jadi habit aku SEBELUM beli barang, aku akan survey segalanya kat google. harganya, review, diskaun, benefits, testimonial etc. so, daripada survey aku tu lah aku jumpa (tak tahu mitos atau fakta - lebih kepada omongan TAPI AJAIBNYA AKU PERCAYA !) maklumat yang menyatakan kalau kau makan VCO pagi-pagi buta lepas solat subuh dan sebelum sentuh sebarang makanan, ini akan meningkatkan kadar selera makan. TERUK? NOPE, its needed for those underweight. so siapa nak gain weight, VCO Catalyst may help you reduce your worry. yang dalam kes aku pulak, aku tak rasa yang aku perlukan penambahan berat badan. kena kurangkan adalah !

aku dah makan 4 botol VCO ni. satu botol contains 60 capsules, last for a month. dan harganya RM 39.90 aku tak sure exact value sebab aku ambik dari dealer and got discounts. aku makan tak ikut urutan habis-satu-botol-terus-beli-baru pun sebab aku beli hanya bila aku ada duit. maklumla orang tak ada kerja tetap. satu botol aku makan, period aku yang sememangnya tak berapa nak ikut turn become worst. ada hari dia rasa nak datang, dia datang. dahla tak ikut tarikh, datang pun sikit sangat. then after a bottle finish, aku stop lama jugak dalam 2 bulan baru start balik. kali ni period become better.mungkin masa first bottle tu dia nak adjust bali segala hormon yang sedia tak betul ni. and last bottle which is habis last week, betul-betul buat aku rasa amaze sebab my period become normal. ikut tarikh dan tak sangkut. YEAAHH HAPPY MEEEEEE ! walaupun sebenarnya 3 botol ke yang akhir tu aku telan secara rahsia sebab encik tunang marah makan supplement. lagi-lagi dengan period yang tak teratur. 

tapi-tapi-tapi kelebihan yang sangat aku boleh rasa bila makan VCO ni adalahhh kulit makin licin, shining and jerawat macam susah nak hinggap. tapi taklah terus flawless. cuma kau boleh banding aaa antara waktu kau makan dengan tak makan tu ada beza. INI BUKAN PRODUK PEMUTIHAN KULIT. suka aku nak ingatkan sebab sepupu-sepapat aku yang try benda ni lepas tengok effect muka aku marah sebab depa tak jadi putih. HAHAHA ni produk kesihatan kulit lah. kulit aku tak sihat.

but now, aku berhijrah kepada BLACKMORES. sorry CATALYST. I'm trying new product. lagipun encik tunang paksa beli. entah kenapa la dia anti sangat dengan VCO tu. tak apa. as long as dia support belanja kihkihkih. BLACKMORES lebih kepada kesihatan keseluruhan badan. boleh lah try google for more info. kulit yang banyak jerawat insya allah become better. apa-apa pun usaha. oh ya, untuk kuatkan rambut juga. those yang suka gugur-gugur rambut you sampai sumbat lubang bilik air tu, u may try.

beli kat Watsons BLACKMORES EPO 1000 mg ni rega dia RM 88. ada lain EPO 500 mg. ni kau kena makan 2 biji, kalau period pain 4 biji. so I choose 1000 mg, kalau period pain pun just take 2 capsules. ada lain lagi EPO + Fish Oil. mahai skek arr. aku ada alasan sendiri kenapa tak mau ambik yang campur dengan minyak ikan ni. konon-konon tak pure EPO, so kesannya kurang. kehkehkeh memandai jelah. 

and so i also bought Simply Siti sebab dah rasa tak mau teruskan guna Vitamin E Collagen Plus lagi. (dah kenapa tetibe kosmetik pulak, kata tadi cerita supplement) tapi laahhh masa ada orang nak bayarkan kita tu la set Simply Siti hijau tak lengkap. menyampah I. cuma ada cleanser and toner. jadi laaah T,T selalu tu kalau kita datang sorang dengan dompet kosong, kemain dia beratur chek Siti senyum-senyum kat kita. tak apaa next time adaaa HAHA *evil

DAA !