Wednesday 22 May 2013

#terima kasih

hari ini pergi ke kelas dengan rasa yang amat malas. semester ini saya cuma mengambil 3 subjek. satu hari isnin, dua lagi hari rabu. tapi kelas hari isnin tu dah habis. manusia macam saya yang suka 'beri betis nak peha pulak' bila kelas makin sikit makin malas nak jejak kaki ke fakulti. bila kelas isnin dah habis rasa macam malas nak pergi kelas yang lagi dua tu. yelah the whole week kira langsung tak ada kelas. haha tampar je, pemalas tahap petala kelapan.

sampai ke kelas ingat saya sorang je yang malas. datang dah la lewat, tapi tu pun member lain tak datang lagi. lastly bila prof. rahim dah masuk (ooww prof makin kurus,semoga prof cepat sembuh & sihat macam sedia kala) member lain sorang-sorang terkedek masuk kelas.

ramai tak datang tapi prof tak kata apa. yang datang tu pun duduk beribu-ribu batu jauhnya dengan prof. adoi la. habit duduk paling belakang,susah nak kantoi kan kalau hang duk main henpon. tapi kalau dah kelas yang student memang sikit duduk  belakang sampai himpit dinding pun nampak je apa korang buat.

sorang-sorang muka mengantuk.mata sembap,pakaian memang dah tak teratur la.nampak sangat main rembat je masa nak gi kelas kan.yang perempuan tudung memang tak bajet.eh, tahu tak bajet tu apa? hihi. tak kemas la.serabut tengok.seserabut tuan-tuannya.mata tu separa je.nak kata bukak macam tutup, nak kata tutup eh macam bukak.prof dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan tu memang la mengajar sambil duduk dan, matanya sentiasa di laptop, langsung tak pandang kepada kami (rasa macam tak dihargai ekeke). apa lagi,masing-masing cari alternatif supaya tak sampai tertidur. bukannya jadi masalah kalau tertidur, cuma yang jadi masalah adalah bila kau tidur lepastu ada orang snap gambar kau terhangguk-hangguk lepastu post dalam social network.dah tak pasal fofular free je.

ape lagi,POU di mana-mana.tak lupa kendi keras (baca: candy crush). masing-masing nak tunjuk pou siapa paling glemer.pou siapa paling bergaya.kendi siapa paling highest level.kendi siapa nak mintak nyawa orang (huh?)

bahana tesis, semua jadi lintang pukang.deadline dah dekat jadi masing-masing bersengkang mata tetiap malam.yang tak datang kelas pagi tadi confirm tak jaga lagi sebab lepas subuh baru tidur.semua rasa gundah gulana.dah tak ada masa nak bercendol dan berlaksa bawah pokok di Rimba di Bangi Lama tu.dah tak ada masa nak berhuha-huha di bilik tv macam biasa.mood down.sungguh.

saya sedang cuba cari penyelesaian supaya masalah duka sebab tesis ini tak melarat-larat sangat dan terbawa-bawa kepada perkara lain.tapi masih tak jumpa.

nak dijadikan cerita, lepas kelas saya tunggu bas di bus stop dan terserempak dengan Azilawati.macam tahu-tahu risau yang menggunung, rakan saya tu terus bercerita pasal tesisnya yang siap awal sedangkan datanya adalah yang paling akhir dikutip dalam kelas kami.


semangat sikit.terima kasih kawan :)

#oh ya.balik-balik bilik,tengok terang benderang.pakcik techniciannnn! terima kasih betulkan lampu meja study saya.lapiyu :P




Sunday 19 May 2013

#Adibah Awang

last few months i was stumble on Adibah Awang, the muslimah vlogger.

anyone knows her?

i shall give my respect to her. she is a young girl (maybe around 18 years old cenggitu) yang boleh speak english very well dengan slanga. ya, everyone can speak english but you know what orang melayu usually will be very impressed if you could speak with slanga.

another fact is, she never got chance to go any other country beside Malaysia.she just watching Astro Disney Channel.mungkin kah dia lah yang bakal ganti Adibah Amin? nama pun dah sama :)

to Adibah Awang,i'm very proud of you, really-really (eh?)

#yet,me still wouldnt let either my lil sis nor my child (soon haha) watching cartoons in any case they are too much melekat kat tv sangat.

 oh ya. i tried to attach the one vlog of Adibah that i loves so much to watch but wifi always turn down the process so in anyway why dont you just take a lil bit minutes to watch THIS

thanks.



#mandi

orang selalu cakap, apa perempuan buat eh bila mandi je lamaaa sangattt. wait,what?

not every girl okay. me too, long time dah wondered apakebenda chek adik salmah dan chik adik normah buat dalam bilik air till take too much time ya? 

i'm a girl too. but minus plus selalu mesti 10 minutes je untuk mandi. (thats why masih sempat kejar bas bila bangun lewat nak pergi kelas koff koff)

yalah,let we list down apa yang kita buat bila mandi.

1- ambil berus gigi
2-letak ubat gigi
3-berus gigi masing-masing atas bawah depan belakang kiri kanan
4-ambil pencuci muka
5-letak pencuci muka kat tapak tangan
6-cuci muka sendiri sampai berbuih tak nampak kepala paip
7-buka pili shower
8-basahkan badan
9-ambil sabun
10-ratakan sabun ke tempat yang perlukan haruman dan kesegaran
11-bilas buih-buih sabun sampai bersih

eh, ada yang tertinggal mungkin? kita kena main tiup-tiup buih dulu ke?

banyak sangat lah ni kot tu yang sampai mandi 30 minit. atau mungkin tunggu bilik air banjir, so rasa macam mandi dalam tab? mungkin. who knows? -,-

tapi kan, bukan perempuan je. adik saya pun mandi lama. dan dia bukan perempuan. cuma bezanya dia mandi lama tu dia banyak termenung sebab air sejuk sangat lah kot. punya lah lama duk dalam tu, setitis air pun tak bunyi. 

pernah tak rasa bila semua orang dalam rumah dah kelam kabut nak gerak ke destinasi, kita tak mandi lagi tapi turn kita mandi yang last sekali lepas orang yang macam adik saya. mohon dibebel secara berjemaah. -,-

#taste what?

my life taste bitter.

seriously, dari bangun tidur sampai nak tidur lagi tak keluar bilik & hadap laptop?

nonsense.

whats yours?


Saturday 18 May 2013

#monyet

bukan saya tak mahu buka pintu & tingkap, bukan saya sombong dengan jiran-jiran, sungguh, bukan niat begitu. langsung tak pernah.

tapi saya seriau & fobia tiap-tiap kali buka pintu lepastu terdengar bunyi tong sampah jatuh. sumpah jantung kecut sambil bayangkan dua ekor monyet besar masuk dalam bilik lepastu ambik roti coklat saya.aargghh!

sebenarnya saya tak tahu tu orang atau monyet (yang menyebabkan tong sampah itu berbunyi) tapi saya assume semua monyet jelah.

monyet everywhere.eh cukup lah sekali kena kejar depan orang ramai dulu tu.sudah cukup sudah.


Thursday 16 May 2013

#semalam



prof minta saya hantar draf awal bab 1 hingga bab 5 before jumaat through email masa hari selasa.bagi orang yang suka kerja last minute macam saya,rasa macam...macam...macam...err stress?

stress tahap ketujuh pun tiba, dengan ribut petir dan angin beliung,lalu saya 

SHOPPING & TIDUR

(eh?) 

haha satu petang bershopping,satu malam tidur dari lepas isyak pukul 9 sampai lah ke subuh pukul 6.15.hah.budak sekolah rendah pun tidur pukul 11.

oh lupa.semalam ambik sijil dekat dekan jugak :)

gambar goyang sebab duk sibuk gegelak time ni.see there,PPSSPP.always in my heart <3

alhamdulillah, untuk kali ketiga sepanjang 5 sem.tak pernah termimpi pung mak enon.

entah siapa punya idea ni.siapa nak pakai pun tak tahu.berskirt bagai huh.time ni dalam beg plastik ada lagi 4 helai tudung.tak berani bagitahu abah,nanti kena bebel sebab beli banyak sangat hikhik