Friday 21 June 2013

#aku bukan seorang multi-tasker

dah bakpe mung nih.dulu mu oyak  boleh buat macam-macam satu masa.

aah yerr.dulu tu memang.

aku (dulu) boleh menjamu selera(dulu)-sambil iron baju(dulu)-sambil sapu sampah(dulu)-sambil check email dalam satu masa.(dulu)

ah aku berilusi rupanya.itu bukan multi tasker kata hati kecilku.itu...TAK SENONOH namanya dek non!

bila dihimpit dengan bebanan praktikal,thesis dan exam dah terasa nak mengilai seorang diri.baru sikit.

belum campur nak tambat hati suami,nak didik anak bangsa,nak masak kemas rumah,nak berbasa-basi dengan jiran sebelah dan balik kampung rumah mentua.ok cukuplah tu sedar tak sedar dah sampai laut.



#cepatlah prof balik KL,baru saya terasa kehilangan prof bila prof tak ada depan mata.masa ada taknak hargai.padan muka dengan diri sendiri.

Monday 17 June 2013

#berdengung

haii.

haii.

haii.

cukup.cukup.cukup.berdengung-dengung sebab sekarang ni aku ada dalam dimensi sendiri dan sedang dalam mood hibernasi dari dunia luar.cuma aku dengan blog je tak mampu dipisahkan.kemainn.

hibernasi---aku dah mampu survived tanpa dunia global di hujung jari yang paling advanced iaitu Facebook.the positive part is i dont spend long time scrolling down the news feed & tiba-tiba je icon google kat taskbar macam tak dapat dilihat dengan mata kasar,walaupun secara batin aku tau beliau setia menanti.lagi,i dont have any worry kalau wifi malu-malu segan nak singgah.ada aku kesah.hikhik banyak jugak positive yang lain.but the worst part are why imma still tak siap jugak tesis sebab asyik tengok cerita korea & running man (thats mean i'm addict to my lappy,not the web) dan i dunno what happen around the world since i'm no a loyal penonton tv---no a hardwork pembaca akhbar.kalau baca surat cinta i tau la.tapi surat cinta sang-sang monyet.macam duduk dekat pulau yang tak ada orang,bila orang cakap pasal isu-isu semasa baru lah terhegeh tanya kat member sampai dia naik hangin.

"eh kenapa?" "oh yeke..." "lepastu?" "ada apa?" "jadi?" 

[dont try this at home,sebab mungkin akan ada tapak kaki member naik ke muka]

oh ya,recently aku install social apps yang masih panas-panas baru angkat dari kuali --- Kakao Talk.aku rasa aku memang addict dengan segala apps yang ada kat Google Play.semua nak install.macam la ramai sangat yang nak diajak berbual.macamla perlu sangat.macamla banyak sangat urusan yang nak guna segala benda alah tu.nampak sangat aku forever alone.sobs. *kesat air hidung air mata

tu hari masa install LINE ada member cakap

"kau ni terpengaruh sangat dengan Siwon kau" 

err.siwon aku?sorry aku takde pet.siwon pun tak kenal aku.jadi aku buat kesimpulan bukan sebab siwon atau segala model yang diajak bergambar semasa iklan apps tu yang mempengaruhi minda bawah sedar aku masa install bebenda alah ni.mungkin kalau member aku tau sekarang ni aku ada Kakao Talk mesti dia cakap

"kau fanatik sangat dengan Yuna Zarai &Big Bang"

eh sorry sikit.aku kenal Big Bang pun masa tengok Running Man okeh.no no no.walaupun aku suka tengok cerita korea bila aku ada masa, tapi aku bukanlah seorang k-popers yang gigih.aku hanyalah seorang yang banyak free time di waktu kerja membukit.tu je.


tujuan adinda hadir ke sini sebenarnya nak membebel pasal customer service.macam biasa lah kan.kalau nak marah-marah kompem dalam ni.tak tau lah kenapa susah nak jumpa service yang boleh buat customer rasa bahagia hati.kenapa kenapa kenapa ini semua terjadiiii~~~ (nyanyi lagu awie skek)

ceritanya aku terjatuh hati pada satu dress mustard yellow kat instagram.dengan hati yang berbunga-bunga teruja,aku pun cuba menyunting beliau dari pemiliknya.direction kat situ terang jelas nyata sila whatsapp.dah kena lah dengan aku yang sememangnya ada akaun whatsapp lagi lah senang.oppss oppss.sebenarnya tak senang jugak.makin buat hati panas adalah.

tau tak definisi senang tu sebenarnya yang memudahkan orang lain.kalau nak meniaga buat cara nak meniaga.customer mesti nombor satu.dan customer taknak tahu susah kau sebagai peniaga.dia nak yang paling membahagiakan dia.itu prinsip pelanggan yang perlu kau faham.

berbalik kepada apa yang panas sampai naik hangit sikit sebelah jiwaku tu.aku whatsapp dia pukul 9 pagi.dah waktu bekerja kan?tak terlalu awal aku rasa.berpatutan.kalau ofis kerajaan aku tak tau la orang ofis dah masuk belum time tu.haha agaknya jam tu tengah minum-minum tukar lampin anak lagi lepas punch card buat syarat (sorry i dont mean anything,cuma berdasarkan pengalaman je).

1)whatsapp---bila recipient dah baca mesej,it would be ticked 2 times.so dari situ sender dah tau dah kau dah baca belum dan akan wondered bila kau nak reply mesej dia.takkan jam 9 pagi tak bangun tido lagi?angun pagi-pagi murah rezeki weh.customer awal pagi tu.

2)whatsapp---bila kau tak reply mesej lepas sejam,tapi sender dapat tengok kau last seen 2 minit lepas.perasaan dia  macammm...........POOP! haha

3)kalau nak meniaga buat cara meniaga.sampai customer hantar mesej berkali-kali.kau tak risau ke dia cari kedai lain.serius ah weh.dan aku tak menafikan,almost semua yang buat benda-benda yang bikin customer  malas nak berurusan adalah peniaga melayu online.aku bukan anti dengan korang,malah bukan semua pun perangai macamtu.ada je yang bagus.roommie aku pun bisnes online jugak laa.tapi pliss lah sikap segelintir daripada peniaga macam ni menjatuhkan air muka yang lain.kalau korang dah tak serius meniaga,tolong exsplen.jangan tinggalkan aku sendirian hukhuk.kalau tengah sibuk,at least bagi tau masa tu jugak macam

"maaf,sejam lagi saya balas mesej you"

"saya akan tolong check untuk sis,sabar ya"

customer akan rasa persuaded tau.kalau buat macamtu almost guaranteed lah dia akan beli barang lagi dengan korang sebab layanan korang tambat hati dia.benda basic,tapi main psikologi.kalau lambat balas mintak lah maaf.bukan jatuh pun ego korang,customer akan lagi respect.ini dahlah lambat balas,layan pun macam nak taknak je.adoooi.tak faham lah,tanpa customer korang boleh hidup ke?kecewa gila aku sebagai orang yang minat nak beli.walaupun harga dekat kau murah tapi cara kau layan customer lebih baik beli yang lagi mahal untuk benda yang sama tapi pandai ambik hati.annoyed gila.berlagak tau cara kau.

maaf lah aku teremo.aku cuba tegur dengan berhikmah tapi aku failed.

#tolong ambil kursus menambat hati pelanggan,bukan mak mentua je yang nak kena tambat hatinya.

Friday 7 June 2013

#dulu-dulu masa kat asrama

dulu-dulu aku tak pernah terfikir pun aku akan duduk kat asrama.dulu-dulu tu maksud aku time aku masih sekolah rendah.sebab ape ha.aku ingat sebab aku selalu dengar member-member puak geng aku selalu cakap,

"eh kau jangan mintak asrama ah.kau tau tak abang aku cakap asrama tu bahaya oh.nanti kau kena basuh baju sendiri.kau yakin tak basuh tangan tu bersih?"

"asrama kakak aku oh selalu ada je orang meroyan.bapak seram weh.lagi kalau perempuan kenyang yang makan lauk orang lain kat DM (dewan makan) selalu lah kena bisik-bisik"

"warden asrama selalu denda kau macam-macam,kau dah la selalu tak pernah buat kerja rumah,nanti waktu prep kau nak buat apa?"

tup-tup lepas tingkatan 3 aku tiba-tiba ada keinginan nak berubah dan berhijrah menjadi manusia yang lebih baik,mampu menjadi tauladan sanak saudara membimbing adek beradek eh aku harap ustazah bangga baca impian aku ni.

apa la aku merepek nak bagi panjang intro ni woi.dah dah.

kalau yang biasa duduk asrama,mesti tau dah resam asrama yang penuh dengan macam-macam dugaan dan rintangan cabaran onak dan duri.perangai sume-sume dah la macam-macam,ada yang masuk air,ada yang skema ikut peraturan sokmo,ada yang stail macam samseng,ada yang pendiam buat hal sendiri,cara jaga kebersihan pun lain-lain.pandai-pandai lah nak bawak diri dan sesuaikan diri dengan environment kalau kau budak baru.aku dulu penakut baq hang.aku tak berani nak cakap-cakap dengan senior.ohh aku tetibe tegak bulu roma bila ingat aku yang dulu.tak masuk lagi geng yang ngam tak ngam.kalau ngam kau sahabat kalau tak ngam kau ku umpat.kelaut sekali lagi kau. -,-

paling femes dengan budak asrama adalah topik-topik yang berkaitan dengan mistik.ntahpape bila aku ingat balik.kau [aku] dah la penakut tapi waktu siang kau [aku] sibuk berebut nak sembang hangat pasal benda-benda misteri.masing-masing sembang nak up jelah pulak tu.macam cerita kau paling scary,tragis dan ngeri.haa hambik kau bila malam nak pergi buang sampah kat tong sampah depan pintu dorm pun nangis-nangis merayu mintak orang teman.apa,bukan aku tau.aku dah buang sesiap  sampah-sampah sebelum masuk dorm.lagipun hari ni bukan jadual aku bertugas bersihkan dorm.ah kelaut lagi,bila nak sampai darat ni.

haa antara cerita yang paling kerap kan, 

---kalau kau makan nasi kat DM tak habis,nasi tu menangis dalam tong sampah.tapi yang dengar tangisan tu confirm lah bukan kau sebab tong sampah dorm kau bukan tempat buang nasik.pakcik DM lah yang dengar.hai pakcik,lainkali jangan buang nasik lebih kitorang dalam tong sampah,bagi lah kucing-kucing terbiar kat market tu.pahala dapat kat pakcik,nasik dapat kat kucing.mungkin cerita ni nak suruh kau ambik nasi berpada-pada,ingat ah member belakang ramai beratur time nak makan,jangan pikir perut kebulurmu seorang kawan.kesian oh member balik kelas penat sama rata macam kau tapi tak dapat nasi sebab kau dah la potong line,habiskan nasi kat tong nasi pulak tu.last-last tak habis,tak baik membazir tau,kedekut dan tamak haloba.macam mintak penerajang je.

---kalau kau sodorm (solat dalam dorm) memanglah nasib kau jumpa makhluk yang sujud bertentangan dengan kau bila bangun sujud.cerita ni memang paling scary aku dengar.tapi tapi tapi untungnya dengan cerita ni boleh elak kanak-kanak riang yang malas sangat nak turun surau untuk solat.yalah peraturan asrama aku dulu, solat mesti berjemaah di surau.siapa masbuk siap kau aku bagi denda kawkaw wkwkwkwk.aku tau lah sebab aku BADAR dulu.apa,kau tak percaya kan.mesti sebab perangai aku macam .............. (isi sendiri ikut suka) telanlah kenyataan ni.HAHA cakap pasal denda ni pun macam-macam tau.silap haribulan ada yang pergi prep malam pakai baju sekolah, pergi prep petang pakai telekung.ok what?tutup aurat tuu.kau tau tak memanglah aktiviti sodorm macam ni akan wujud terutamanya kalau kau duduk dorm paling hujung kat tingkat paling atas.peehh dia punya malas cakap kau,jangankan kata nak turun surau,selagi tak c*r** berry pun kau tak gerak gi toilet tau.

---kalau kau malas baca quran,atau imarahkan surau,jangan terkejut kau nak solat subuh ada sejadah sedang solat,atau masa kau bukak al-quran malam jumaat nak baca yassin tetibe ayat al-quran terbang naik ke atas dan hilang.yang ni aku pun tak pasti.aku dengar-dengar je orang cerita.

nampak tak cerita aku dah pendek?mood malas dah kembaliii wweeehhoo.

banyak lah lagi cerita.alaa 365 hari dalam setahun tolak dengan cuti yang berapa hari tu je pun kau balik rumah,hari lain semua kat asrama.all the time kau spend dengan member,mestilah banyak cerita.aku je malas nak taip panjang-panjang.eh sedangkan tesis pun aku malas,ni kan pulak blog buruk camni.lagi laahh...tak ada market beb.HAHA eh lawak ke.

cerita-cerita lain tu macam kalau prep malam kau dengar bunyi flush dalam toilet,lepastu malam-malam tidur kena tindih lepastu ada pulak kes tak reti jaga kebersihan kat toilet alaa kau paham-paham jela perempuan kan banyak nak kena jaga kebersihan kalau tak tahu tanya jangan pakai tinggal je nanti jadi macam-macam.laaa tadi kata malas dah nak cerita kan.tercerita pulak.takpelah lainkali aku sambung part 2 [entah bila,tunggulah kalau aku berubah menjadi seorang yang berintegriti,berhemah,berwawasan 2020 dan bersopan] mungkin aku nak cerita pengalaman-pengalaman aku pulak sepanjang aku duduk asrama dan kolej dari form 4 sampai lah masuk matrik sampai aku duduk 3 tahun kat UKM umur aku 22 student tahun akhir (apehal fakta bermaklumat biografi diri tetibe) pasal benda-benda halus ni.yelah,mereka pun makhluk Tuhan jugak,dan kita wajib percaya mereka ada.


#tingtong

ingat tak hari tu aku cakap nak jumpa prof SV aku? sedih sekali disebabkan kecuaian aku yang tak dapat tahan kantuk untuk beberapa jam selepas jumpa prof, aku tertidur lepas subuh dan bangun pukul 10. then, teka aje lah yang dah confirm-confirm prof dah keluar waktu tu seterusnya aku pun tak dapat jumpa beliau.

sedih bukan main aku waktu tu.takde siapa nak bagi bimbingan dan sokongan,apatah lagi menangis bersama aku.apehal ayat macam berhemah kemain.tampar lelaju bagi kembali ke alam yang fana nyata.aku pun teruskan lah pengembaraan eh mula lagi.aku pun teruslah usaha cari alternatif supaya macam mana macam mana pun aku mesti boleh hantar jugak draf tesis aku 10 haribulan ni.ah malas lah aku nak cerita pepanjang sebab aku pun dah terlupa main idea aku karang entry ni tadi.maklum lah cite terendam beberapa hari sampai naik kulat woi kau ada perbandingan yang menyelerakan sikit tak?eh kulat tu cendawan tau?grr.

macam mintak sekeh je cerita bukan main pung-pang-pung-pang kat atas bila sampai tengah dah tammat.

sekarang ni tesis aku tak siap lagi sebab prof dah tukar tajuk aku.gila kau empat hari sebelum hantar tukar tajuk wowowo. aku cuba buat yang terbaik sebab aku percaya,

semua orang ada 24 jam
aku pun ada 24 jam
|
|
|
|
sambung sendirilah sebab aku dah lupa lagi sekali apesal aku cakap macamtu.aih,ting tong betoi.

Monday 3 June 2013

#social apps

aku tinggal di Malaysia.dan sekarang waktu aku taip entry ini,Malaysia belum subuh.baru pukul 4 pagi.waktu tidur orang Malaysia dan juga waktu rejuvenate kulit muka (nak jugak masuk bab kecantikan,lempang kang!)

bukan aku taknak tidur,tapi aku baru teringat esok pagi aku nak pergi jumpa prof SV aku untuk tunjuk ajar beliau bagi bab IV tesis aku.baru nak mintak tunjuk ajar,padahal nak submit draft tinggal lagi 5 hari.bab IV tu analisis kajian,atau dapatan kajian.gila tak gila,bahagian paling penting kau tak buat lagi.

rileks brader rileks.tips aku selain doa mintak prof lembut hati esok,aku jugak dah prepare awal-awal dengan jurnal-jurnal yang aku baca.cumanya daripada jurnal tu aku tak boleh hadam macam mana diorang si penyelidik dan penulis jurnal tu boleh dapat jawapan akhir untuk analisis.senang cakap aku tak paham laa.hah.yelah mestilah kena prepare,takkan nak pergi jumpa prof zero gitu aje kot.nampak sangat lah kau budak malas yang suka buat kerja last minute.walaupun kau [aku] memang mengetahui dan mengakui yang kau [aku] memang budak malas,tapi janganlah tunjuk pada waktu yang tak kena.risau silap-silap kau [aku] tak boleh berkonvo pulak.jadi bila tak tahu cakap tak tahu.

selain tu,tesis aku ada 5 bab.sebab esok aku nak mintak prof ajar aku buat bab IV,so bab-bab lain (I,II,III dan V) aku dah setelkan awal-awal.at least aku berharap ini akan menenangkan hati prof.cuma sekarang ni,masalahnya aku baru perasan dalam bab V aku ada satu perenggan lagi tak setel.dan untuk setelkan the whole paragraph tu memerlukan kau [aku] baca the whole jurnal 14 pages yang kau [aku] baru download few days ago.baca jurnal kau tengah-tengah pagi.heaven mak dengan mata merah.mata aku ni bukan tahan sangat menghadap laptop lama-lama,naik radang dan pedih.

tipulah kalau aku kata aku tak mengantuk.aku dah landing 3,4 kali atas tilam tadi.bila nak tertido je cepat-cepat aku hadap laptop balik.bila bosan,aku decide untuk buat kopi,tapi kat luar dah sunyi sepi.aku cuba tak berfikiran bukan-bukan tapi hati aku tanpa hipokrit cakap yang aku ni memang penakut,jadi aku batalkan hasrat tersebut.

nak hilangkan mengantuk,aku try shake weChat.setiap 5 saat aku shake.macam mintak sekeh je.pagi-pagi buta macam ni mestilah kau akan jumpa orang yang sama bagi setiap 3 kali shake sebab aku pasti orang yang shake tu pun boring tengok kau jugak.asyik-asyik orang yang sama.for most time aku guna apps ni,tiap kali aku shake tanpa niat nak cari kawan (saja menggatal nak shake) mesti ratio nak dapat member perempuan 1 : 100.umangai.maksud aku susah la nak jumpa perempuan.semua lelaki dengan DP yang entah pape.dan greetings yang berbaur gatal.aku letak gambar kaki pun boleh gak menggatal.ya ampun.dasar.

tang greetings tu tak payah cakap la.macam-macam gaya.siap ada yang ah tak mampu aku nak cerita.ciss.murah betul.dan apa yang aku perasan lagi,banyaknya pak-pak arab.sampai aku terdetik gatal betul pak arab.(tak semua okay,tapi hampir tiap kali aku jumpa arab bila shake,kompem dorang akan hantar greetings) sepanjang aku shake tak pernah lagi lah aku reply greetings dari siapa pun.

so aku tak syak wasangka lagi lah bila aku pernah terbaca komen satu admin page ni yang weChat banyak buat orang bergaul lagi bebas.yelah,seluruh pelusuk dunia kau.Vietnam,Qatar,Dubai,UAE,Filipina semua kau boleh sembang.nak tak nak je.pilih atau tak pilih je.kalau tamak sebat je semua.tu baru shake,belum lagi guna look around.try lah buat kat crowd public.

aku install semua apps social kat smartphone aku saja suka-suka semata.lebih kepada nak jimat [kedekut] kredit, plan emergency bila kredit advanced kau dah tak boleh guna dan boleh sembang sakan sikit.Vibers,Whatsapp,WeChat,Line. tak terfikir lagi nak tambah friends selain yang ada dalam phonebook aku.aku cuma suka main stickers je.stickers paling cantik ada pada Line.dan jugak games.untuk hantar video aku rasa senang lagi Whatsapp.paling common aku pakai Whatsapp je.yang lain tu untuk hiasan screen je.hihi.tak salah pun nak install banyak-banyak dan tambah kawan kalau selesa,asalkan pandai jaga batas dan kawal diri tu je.babai.

#selulit

selulit.

sumpah aku ingat selulit tu lemak.maksud aku selulit --- lemak sama je.rupanya tidak.dan bila aku tahu adalah baru je malam tadi.nasib baik aku pernah jugak la dengar isu-isu berkenaan selulit ni.selalunya dalam iklan pusat pelansingan badan.dan ianya tak bagus.harus dinyahkan dari kehidupan manusia.hak hidup hak kami hakhakhak eh.

jadi bila aku tahu sikit nih aku rasa bangga jugakla sebab walau sikit,at least aku tahu jugak.waima aku tak pernah tahu bentuknya macam mana sebelum ni.aku cuma bayangkan ohh perut buncit agaknya.lantas langsung tak ambil pusing apa lagi ambil tahu.

dan fakta lain,oh oh bukan fakta,kepercayaan aku yang selulit ni hanya menyerang perempuan.tapi walaupun aku perempuan,aku tak pernah peduli pun.nampak tak betapa selebetnya aku?tampar laju-laju bagi sedar sikit.tapi betul lah,95% perempuan akan kena selulit ni.yang tak kena tu lagi 5% tu aku rasa model taraf dunia.aku rasalah.kau tak setuju kau punya pasal.

sampailah malam tadi orang sebelah call dan tanya pasal selulit ni.dia tanya pernah dengar tak pasal selulit,dan tahu tak apa-apa pasal selulit.3 minit sebelum aku jawab soalan dia,aku dah semput 2 kali sebab gelak guling-guling tak cukup nafas.ada ke soalan cenggitu.kalau aku lah malu kot nak tanya,sebelum tanya aku akan prepare dengan bahan-bahan bacaan yang berilmiah sikit,ulangkaji dengan cik google tambah sikit apa yang aku tak tahu supaya aku boleh defend diri aku bila digelakkan.siap sedia sebelum bertanya.tak adalah zero sangat.

tapi nampaknya aku pulak yang kena gelak lepastu bila aku cakap dengan yakinnya yang selulit tu lemak.lepas kena gelak,aku pulak yang terkedek-kedek terkebil-kebil google pasal selulit nih.dan now barulah aku tahu yang selulit tu lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen dan macam gini rupanya


sorry lah gambar tak berapa nak bersopan sikit.aku cuba cari yang nampak sopan tapi malangnya usaha aku tu tak cukup bersungguh sangat kot then aku cuma jumpa gambar ni.nampak tak kulit pecah-pecah,merekah dan garis-garis macam buah oren tu?itulah selulit.untuk gambar lain yang lebih real boleh google sendiri.

selulit ni selalunya ada kat bahagian punggung,peha dan lengan.dan dan dan bukan orang berisi je tahu yang ada selulit ni,orang kurus pun ada.malangnya,selulit ni disebabkan sifatnya,hampir mustahil nak dihilangkan bagi jangka panjang.kecewa kan?dalam dunia yang serba moden yang dikatakan apa-sahaja-masalah-boleh-diubati,selulit pun tak boleh hilang.kalau dalam jangka pendek atau maintainance tu adalah solution tapi selulit-hilang-selamanya memang tidak mungkin.yang ada selulit-bangga-kekal-abadi.

dalam banyak-banyak yang aku baca pasal selulit ni,banyak menerangkan kaedah mengatasi berbanding explanation pasal selulit tu sendiri.antaranya guna liposuction yang mahal dan berisiko,pil dan krim yang berlambak.paling aku rasa kita-kita boleh cuba adalah sauna,serbuk kopi dan guna sabun herba.oh ada lagi satu,guna Premium Beautiful.tapi tak kan lah kalau si penderita selulit tu lelaki,hang nak suruh pakai PB pulak.

now,wishlist untuk menjadi cantik langsing bergaya menawan dah bertambah ekeke.hilangkan selulit.kalau tak ada pun apa salahnya cuba kan.

untuk petua guna serbuk kopi tu boleh dapatkan kat petua nenek 


ini bukan home theater.ini sauna.dengan sauna kat rumah boleh hilang selulit,itulah petua asasnya.sebenarnya ada konsep sauna-in-the-home yang lebih simple.yang cuma seorang boleh masuk in a time.aku saje letak gambar ni bagi nampak macam best je sauna ni kan.harganya kit sauna biasa dalam RM 350 sampai RM 450.depends jugak la pada featuresnya.kalau nak buat sauna kat spa pun boleh,cuma harganya macam tak berbaloi la untuk long time punya survival.baik lagi beli sendiri,setup sendiri anytime boleh guna.tapi memang best,rasa macam bertungku dan korang akan keluar berpeluh-peluh sambil perasan sensorang macam banyak gila lemak keluar.kat rumah aku ada satu.paling lama aku bertahan pun 10 minit untuk 60 degree punya setting.tapi aku tak kurus pom.persoalan di situ.



ini pil selulit.actually ada banyak lagi pil-pil lain kat farmasi.boleh tanya lah orang yang lagi expert.


Felinna.aku pun tak tahu lah keberkesanannya sebab aku dah guna tapi jarang-jarang dek kemalasan aku dan motivasi yang amat kurang.dulu hari-hari aku guna sekarang bila rajin je.elok pakai lepas mandi dan masa nak tidur.dulu aku pakai tiap-tiap kali lepas mandi.dua kali sehari lah kiranya.jangan tanya apa rasanya.sebab aku pun tak pasti sama ada aku dah kurus atau belum sebab aku rasa gemuk macam biasa.lepastu ada pulak member yang dah habis dua botol kata takde effect apa,aku jadi makin tak kuat semangat *tiba-tiba salahkan member haha.tapi tapi tapi first time aku guna mak datuk panasnyaaa!tapi time flies aku dah biasa,rasa bahang la.harga dalam RM 75.kalau pandai cari boleh dapat RM 65.


yang ni Premium Beautiful.special for ladies.produk ni dah dua orang ejen tawar kat aku (nampak sangat aku gemuk) tapi aku tak terfikir lagi nak try.satu,sebab kosnya.mahal woi.RM 2400.pandai cari ejen boleh ansur RM 100 per month.dua tahun kau hutang.fikir banyak kali jugak tu.baik lagi saving untuk kahwin eh sambung belajar.PB ni lama dah kat pasaran dan banyak testimoni.apa yang aku tahu 70% untuk kesihatan dan the rest baru kecantikan.PB dijual secara online kerana konsep perniagaannya MLM 100% guna social networking.nak tahu lebih mungkin boleh tanya pada Iqa Zukhali.nak meniaga pun boleh.


yang ni paling murah.RM 5 je.aku dah try dulu dan hasilnya superb.paling aku suka pasal sabun herba ni adalah bau wangi herbanya.guna lepas mandi sebagai lotion,bukan buat mandi okay.senang nak dapat kat toko jamu.aku kenal sabun ni lepas kena tipu oleh akak meniaga pintu-ke-pintu kata harga dia RM 10.ciss.anyway ada dua colour,satu hijau satu oren.untuk hilangkan selulit warna oren.hijau spesial untuk perempuan sahaja sebab fungsi lain.

last sekali aku nak cakap
|
|
|

apasal blog aku macam kedai online nih?kaedahnya.haduui.


#syok sendiri

time aku rajin tahap melampau,banyak pulak aku nak cerita dekat blog ni kan.biasenya waktu aku rajin nak update blog ni adalah bila aku ada assignment dan tesis nak disiapkan.jari menggatal je nak menaip kat sini.opps sebelum start membebel,elok paused dulu.

nak cakap pasal blog ni je sebenarnya.ala-ala macam syok sendiri pun ada posting ni.huhuhu.blog ni memang tak ada tempat untuk menjadi follower.dan aku tak tahu siapa yang membacanya.mungkin aku sorang-sorang.nasiblah aku nak syok sendiri dalam ni.haha

tujuan aku buat macam tu sebabnya  aku segan.aku segan sebab posting dalam ni banyak mengarut je.dan aku lebih perasan lagi yang aku tak ada bakat menulis menggunakan jari.lebih baik lagi aku bercerita guna mulut.kepoh macam mak joyah gitteww.

kadang-kadang dalam toilet,kadang-kadang dalam bas aku dapat inspirasi nak tulis nak buat entry gitu gini dengan ayat-ayat mengancam,siap hafal tu.tapi bila menulis in the end cerita aku hilang arah sampai ke laut dan aku pun tak ingat the main point aku bercerita tu.sadis betul.muda-muda dah lemah daya ingatan.agaknya sebab bila bercerita sambil exercise jari begini [baca:berblogging] cerita jadi lambat habis sebab kau kena imagine satu-satu apa kau nak tulis.lain dengan mulut,laju je.siap ada tokok tambah.eehhee.

lagi satu,aku paling takut pandangan orang lain terhadap tulisan aku.aku boleh tahan lagi kalau dia cakap aku cerita mengarut.tapi aku takut bila orang judge macam mana cara aku berfikir.you know,few peoples yang suka sekali mengutuk tulisan orang lain.bagi aku,blog ni masing-masing punya cerita,opinion dan ikut rasa dia lah nak cerita apa.walau dia nak membangga pun,itu dia punya pasal.kalau tak mahu sakit hati jangan baca.itu akulah.dan aku pasti someone is mengutuk aku sebab pandangan aku ni.

dan persekitaran serta famili aku yang sering mengingatkan pandangan orang lain,jaga adab dengan orang lain buat aku fikir banyak kali sebelum buat apa-apa posting.ya kalau bercakap mungkin kau tak ingat dah.tapi kalau posting,orang buleh tunjuk woo.siap printscreen lagi [ohh sekali lagi ada orang sedang berbajet di sini.tolong!] macam aku sering lah diingatkan jangan tak kemas bilik,orang lain akan judge kau pemalas macam nilah kat rumah.macam mana nak urus rumah tangga.eh.

judgement orang yang aku takutkan.sehingga aku tak yakin sangat nak jadi diri sendiri dalam blog aku.aku berharap aku boleh menulis yang positif je.yang buat orang lain rasa bersemangat bila baca.(ada ke masalahnya?) nasib baik in reality aku mampu jadi diri aku sendiri yang keras kepala,degil dan tegas.tak lupa lemah lembut.uweeks.

dan hari ini bila aku rajin nak update,aku jugak rajin singgah-singgah di blog yang memang bagi aku sangat best.bila aku baca posting diorang,rasa macam macam macam err aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku.it just feel wooww waahh huiiyoo dan aku kagum cara diorang ekspresikan idea diorang.pehh mohon turunkan ilmu pliss..diorang diorang diorang diorang diorang ni lah antara yang aku rajin baca.mungkin tak sesuai dengan jiwa orang lain.yelah taste berbeza ye tak? dan JUDGEMENT pun. mohon terasa.


Sunday 2 June 2013

#donat

wallpaper blog dah tukar.ecewah tetibe ada banyak heart.k abaikan.

hari ini memang hari paling malas sedunia (padahal hari-hari) rasanya blog ni banyak menyimpan sifat buruk aku je, pemalas, pemarah, pembengang eh segala macam pe lagi lah.hari ni aktiviti aku cuma tidur tidur tidur tidur.

bila bangun tidur,baru terperasan atas meja ada kotak big apple.kotak jelah okeh,isi kosong.walaupun isi kosong, tapi hati aku membara bila ingat macam mana kotak tu boleh ada kat situ.

sebenarnya nak membebel pasal Big Apple kat WARTA Bangi.

pilihan donat tak lah banyak sangat.memang tak banyak sebenarnya.sampai kau kena amik masa untuk fikir berjuta kali kalau kau beli set 12 ketul sebab kau memang tahu ada perisa donat yang nak kena repeat sampai 3 kali dek penangan tak banyak pilihan.so what kalau kena repeat?maknanya kat situ dah take time to make the best choice.macam hape je.

tapi tapi tapi semalam aku cuma beli 6 ketul je.dengan 3 perasa.sadis betul.aku berharap 6 ketul tu akan bertukar lain-lain perisa bila aku sampai kolej.tapi tidak.mereka kekal statik dengan perisa dan hiasan yang sama.ohh~

aku beli petang sangat dah, dalam pukul 6 lebih.tapi orang masih ramai lagi.yang aku nak persoalkan kenapa cuma ada tak sampai 5 jenis donat dalam dulang donat tu?bagi orang yang tak makan buah-buahan macam aku, komfem lagi 2 perisa tu aku tak ambil.sebab ada buah atasnya.mungkin aku risau sekiranya aku makan buah kulit muka menjadi halus.eh.merepek.

kalau orang bisnes,nampak dah donat tu dah tingal tak sampai berapa jenis.dahla tiap satu jenis tu pun ada tak sampai 5 ketul.cepatlah buat stok yang seterusnya.ke nak kena tunggu tray kosong licin?

jadi apa pilihan yang aku ada?sebab nak makan sangat donat kan.ambik jelah pilihan yang tak berapa nak boleh dipilih.

lepas pilih,donat-donat aku diletakkan kat kaunter.i tell you,dia punya pekerja ramai kot.dalam mini booth tu ada sampai 5 orang.tapi kat kaunter sorang pun tak ada.yang sorang duk serve customer lepas aku.yang lagi empat?semua sibuk nak hias donat.

aku bajet yang serve customer sensorang tu kompem trainee.dahla customer lepas aku tu beli set 12 biji,punyalah lama dia nak decide which doughnuts should be bought.habis aku yang tercongok kat kaunter ni dari muka tersenyum manis sampai keluar gigi taring.

berapa lama kau expect aku boleh tunggu?

bukan sekali dua aku minta akak yang duk pura-pura busy pakai apron,betulkan apron,pakai sarung tangan untuk kira aku punya.jawapan standard yang sama, macam ada skrip depa bagi.

"kejap," dengan muka cari pasal.langsung tak senyum macam aku pulak yang salah.

look,kalau macam ni lah customer service gayanya memang mohon dikursuskan dulu lah.aku customer dan aku tak mahu tahu like ohh depa tengah latih trainee untuk handle situation.

lepas nak dekat 10 minit berdiri barulah akak yang beli set 12 biji tu siap pilih dan budak trainee tu kira bil aku.nasib kau dapat customer baik.kalau aku cabut lari dengan donat ni.memang haram aku makan.adui.



Saturday 1 June 2013

#obsesi kecantikan

uwah lamanya tak menjenguk blog ni.walaupun nyawa-nyawa ikan, tapi rindu tetap ada.haha bajet ramai nak baca.whatever~

sebenarnya malam ni ikut plan kena pulun tesis.entah kenapa tiba-tiba tak ada mood dek memikirkan apa nak jadi dengan kulit muka yang teruk ni.degil benar jerawat tak mahu hilang.tension.

sekarang ni facebook,twitter dan instagram saya dah tak aktif.facebook tu memang sengaja deactivatedkan sebab tak mahu timbul isu lagi dengan orang sebelah.lain-lain akaun tu memang malas nak buka (ecewah, padahal baru hapdate instag dua hari lepas) so blog ni jelah tinggal nak luahkan perasaan.

berbalik kepada masalah kulit ni.entah sejak bila saya rasa termotivasi sikit nak membelek muka saja kerjanya depan cermin.mungkin kejelesan terhadap muka-muka yang mulus halus licin member-member lain.kulit wajah tak mesti putih, asalkan bersih dari cela.itu prinsip ex-roomate saya ajar dulu.

saya dahla jenis tak rajin nak menjaga kulit muka, ada keinginan pulak nak kulit semurni lisa surihani, memang ke laut lah.dah la malas, allergic pulak dengan produk yang ada perkataan memutihkan-dengan-segera-dalam-dua-hari.hahaha memang tak akan dibelilah okay babai.oops perkataan memutihkan pun tak mahu jugak (bajet dah putih melepak, hancur!)

sekarang tengah cuba safi rania gold.walaupun tak beli set penuh (biasalah dengan masalah kewangan student) saya try juga.terpengaruh dengan testimoni katakan.haha.cuma guna pencuci,krim kecantikan,krim malam dan toner. so far, kulit rasa halus dan jerawat tak tumbuh.tapi tapi tapi kau sorang jelah rasa halus.orang lain yang tak pegang kulit kau rasa ish takde menda perubahan pun.haha sebab parut kau masih lagi elok cantik terletak kat situ.ini testimoni selepas hampir dua minggu guna.but okay lah kan.biarlah kau sorang je rasa syok sendiri dengan kulit halus kau.lama-lama hilang lah tu.bagi habis pakai dulu kan.

kemudian entah macam mana dalam kelas member-member duk syok promote Virgin Covonut Oil by Catalyst.produk ni lama dah kat pasaran (ikut kajian saya dengan cik Google).since 2011 lagik.Irine Nadia pun lama dah promote.kitorang baru tahu.biasalah member sekelas,bila ada produk macam good-good je terus share informasi dan plan reramai nak pakai kan.haha masa depa duk promote tu saya dah terliur dah.punya berangan bermimpi nak kulit halus cantik.perempuan.tipikal betul.haha


so sebagai seorang wanita melayu yang baru nak rasa macam mana nak jadi cantik,semua produk sangat menarik perhatian.i've experiences dengan roomateS yang obses dengan produk-produk ni okay.nampak tak S besar tadi?tu tandanya lebih dari seorang.haa syok tahu tengok kawan-kawan yang obses dengan produk-produk cenggini.sikit sebanyak korang pun tambah ilmu kecantikan dan petua sikit. kalau ikutkan saya yang sedikit konservatif ni, saya prefer lagi makan jamu.okeh tak tipu tahu.saya memang makan jamu mustika ratu.tapi dah habis seminggu lepas so keinginan nak try VCO pun meluap-luap.


tadi petang berjalan ke WARTA Bangi dengan abang Hafiz dan abah.apalagi,punya ambik kesempatan sebab kat WARTA banyak kedai jual supplement kecantikan kan,alah siapa rajin pergi mesti tahu macammana meriahnya WARTA dengan beautylicious phenomenanya.sampai kau sekali eksaited nak try semua produk.

"abang,ada rm40 tak?"

"....." tak bersuara terus unjuk duit rm50 sekeping dari dompet dia.haha chance jangan dilepaskan.haa.mendapat kau sebotol VCO.

yeayy excited sangat tahu.so officially hari ini 1 Jun 2013 saya makan VCO.dah telan 2 biji tadi.nak mimpi indah-indah pasal kulit halus malam ni.(nak mimpi kulit selepas seminggu macam dalam testimoni)


#entah sejak bila mula obses dengan kecantikan.haii parah-parah.