Monday, 3 June 2013

#syok sendiri

time aku rajin tahap melampau,banyak pulak aku nak cerita dekat blog ni kan.biasenya waktu aku rajin nak update blog ni adalah bila aku ada assignment dan tesis nak disiapkan.jari menggatal je nak menaip kat sini.opps sebelum start membebel,elok paused dulu.

nak cakap pasal blog ni je sebenarnya.ala-ala macam syok sendiri pun ada posting ni.huhuhu.blog ni memang tak ada tempat untuk menjadi follower.dan aku tak tahu siapa yang membacanya.mungkin aku sorang-sorang.nasiblah aku nak syok sendiri dalam ni.haha

tujuan aku buat macam tu sebabnya  aku segan.aku segan sebab posting dalam ni banyak mengarut je.dan aku lebih perasan lagi yang aku tak ada bakat menulis menggunakan jari.lebih baik lagi aku bercerita guna mulut.kepoh macam mak joyah gitteww.

kadang-kadang dalam toilet,kadang-kadang dalam bas aku dapat inspirasi nak tulis nak buat entry gitu gini dengan ayat-ayat mengancam,siap hafal tu.tapi bila menulis in the end cerita aku hilang arah sampai ke laut dan aku pun tak ingat the main point aku bercerita tu.sadis betul.muda-muda dah lemah daya ingatan.agaknya sebab bila bercerita sambil exercise jari begini [baca:berblogging] cerita jadi lambat habis sebab kau kena imagine satu-satu apa kau nak tulis.lain dengan mulut,laju je.siap ada tokok tambah.eehhee.

lagi satu,aku paling takut pandangan orang lain terhadap tulisan aku.aku boleh tahan lagi kalau dia cakap aku cerita mengarut.tapi aku takut bila orang judge macam mana cara aku berfikir.you know,few peoples yang suka sekali mengutuk tulisan orang lain.bagi aku,blog ni masing-masing punya cerita,opinion dan ikut rasa dia lah nak cerita apa.walau dia nak membangga pun,itu dia punya pasal.kalau tak mahu sakit hati jangan baca.itu akulah.dan aku pasti someone is mengutuk aku sebab pandangan aku ni.

dan persekitaran serta famili aku yang sering mengingatkan pandangan orang lain,jaga adab dengan orang lain buat aku fikir banyak kali sebelum buat apa-apa posting.ya kalau bercakap mungkin kau tak ingat dah.tapi kalau posting,orang buleh tunjuk woo.siap printscreen lagi [ohh sekali lagi ada orang sedang berbajet di sini.tolong!] macam aku sering lah diingatkan jangan tak kemas bilik,orang lain akan judge kau pemalas macam nilah kat rumah.macam mana nak urus rumah tangga.eh.

judgement orang yang aku takutkan.sehingga aku tak yakin sangat nak jadi diri sendiri dalam blog aku.aku berharap aku boleh menulis yang positif je.yang buat orang lain rasa bersemangat bila baca.(ada ke masalahnya?) nasib baik in reality aku mampu jadi diri aku sendiri yang keras kepala,degil dan tegas.tak lupa lemah lembut.uweeks.

dan hari ini bila aku rajin nak update,aku jugak rajin singgah-singgah di blog yang memang bagi aku sangat best.bila aku baca posting diorang,rasa macam macam macam err aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku.it just feel wooww waahh huiiyoo dan aku kagum cara diorang ekspresikan idea diorang.pehh mohon turunkan ilmu pliss..diorang diorang diorang diorang diorang ni lah antara yang aku rajin baca.mungkin tak sesuai dengan jiwa orang lain.yelah taste berbeza ye tak? dan JUDGEMENT pun. mohon terasa.