selulit.
sumpah aku ingat selulit tu lemak.maksud aku selulit --- lemak sama je.rupanya tidak.dan bila aku tahu adalah baru je malam tadi.nasib baik aku pernah jugak la dengar isu-isu berkenaan selulit ni.selalunya dalam iklan pusat pelansingan badan.dan ianya tak bagus.harus dinyahkan dari kehidupan manusia.hak hidup hak kami hakhakhak eh.
jadi bila aku tahu sikit nih aku rasa bangga jugakla sebab walau sikit,at least aku tahu jugak.waima aku tak pernah tahu bentuknya macam mana sebelum ni.aku cuma bayangkan ohh perut buncit agaknya.lantas langsung tak ambil pusing apa lagi ambil tahu.
dan fakta lain,oh oh bukan fakta,kepercayaan aku yang selulit ni hanya menyerang perempuan.tapi walaupun aku perempuan,aku tak pernah peduli pun.nampak tak betapa selebetnya aku?tampar laju-laju bagi sedar sikit.tapi betul lah,95% perempuan akan kena selulit ni.yang tak kena tu lagi 5% tu aku rasa model taraf dunia.aku rasalah.kau tak setuju kau punya pasal.
sampailah malam tadi orang sebelah call dan tanya pasal selulit ni.dia tanya pernah dengar tak pasal selulit,dan tahu tak apa-apa pasal selulit.3 minit sebelum aku jawab soalan dia,aku dah semput 2 kali sebab gelak guling-guling tak cukup nafas.ada ke soalan cenggitu.kalau aku lah malu kot nak tanya,sebelum tanya aku akan prepare dengan bahan-bahan bacaan yang berilmiah sikit,ulangkaji dengan cik google tambah sikit apa yang aku tak tahu supaya aku boleh defend diri aku bila digelakkan.siap sedia sebelum bertanya.tak adalah zero sangat.
tapi nampaknya aku pulak yang kena gelak lepastu bila aku cakap dengan yakinnya yang selulit tu lemak.lepas kena gelak,aku pulak yang terkedek-kedek terkebil-kebil google pasal selulit nih.dan now barulah aku tahu yang selulit tu lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen dan macam gini rupanya
sorry lah gambar tak berapa nak bersopan sikit.aku cuba cari yang nampak sopan tapi malangnya usaha aku tu tak cukup bersungguh sangat kot then aku cuma jumpa gambar ni.nampak tak kulit pecah-pecah,merekah dan garis-garis macam buah oren tu?itulah selulit.untuk gambar lain yang lebih real boleh google sendiri.
selulit ni selalunya ada kat bahagian punggung,peha dan lengan.dan dan dan bukan orang berisi je tahu yang ada selulit ni,orang kurus pun ada.malangnya,selulit ni disebabkan sifatnya,hampir mustahil nak dihilangkan bagi jangka panjang.kecewa kan?dalam dunia yang serba moden yang dikatakan apa-sahaja-masalah-boleh-diubati,selulit pun tak boleh hilang.kalau dalam jangka pendek atau maintainance tu adalah solution tapi selulit-hilang-selamanya memang tidak mungkin.yang ada selulit-bangga-kekal-abadi.
dalam banyak-banyak yang aku baca pasal selulit ni,banyak menerangkan kaedah mengatasi berbanding explanation pasal selulit tu sendiri.antaranya guna liposuction yang mahal dan berisiko,pil dan krim yang berlambak.paling aku rasa kita-kita boleh cuba adalah sauna,serbuk kopi dan guna sabun herba.oh ada lagi satu,guna Premium Beautiful.tapi tak kan lah kalau si penderita selulit tu lelaki,hang nak suruh pakai PB pulak.
now,wishlist untuk menjadi cantik langsing bergaya menawan dah bertambah ekeke.hilangkan selulit.kalau tak ada pun apa salahnya cuba kan.
untuk petua guna serbuk kopi tu boleh dapatkan kat petua nenek
ini bukan home theater.ini sauna.dengan sauna kat rumah boleh hilang selulit,itulah petua asasnya.sebenarnya ada konsep sauna-in-the-home yang lebih simple.yang cuma seorang boleh masuk in a time.aku saje letak gambar ni bagi nampak macam best je sauna ni kan.harganya kit sauna biasa dalam RM 350 sampai RM 450.depends jugak la pada featuresnya.kalau nak buat sauna kat spa pun boleh,cuma harganya macam tak berbaloi la untuk long time punya survival.baik lagi beli sendiri,setup sendiri anytime boleh guna.tapi memang best,rasa macam bertungku dan korang akan keluar berpeluh-peluh sambil perasan sensorang macam banyak gila lemak keluar.kat rumah aku ada satu.paling lama aku bertahan pun 10 minit untuk 60 degree punya setting.tapi aku tak kurus pom.persoalan di situ.
ini pil selulit.actually ada banyak lagi pil-pil lain kat farmasi.boleh tanya lah orang yang lagi expert.
Felinna.aku pun tak tahu lah keberkesanannya sebab aku dah guna tapi jarang-jarang dek kemalasan aku dan motivasi yang amat kurang.dulu hari-hari aku guna sekarang bila rajin je.elok pakai lepas mandi dan masa nak tidur.dulu aku pakai tiap-tiap kali lepas mandi.dua kali sehari lah kiranya.jangan tanya apa rasanya.sebab aku pun tak pasti sama ada aku dah kurus atau belum sebab aku rasa gemuk macam biasa.lepastu ada pulak member yang dah habis dua botol kata takde effect apa,aku jadi makin tak kuat semangat *tiba-tiba salahkan member haha.tapi tapi tapi first time aku guna mak datuk panasnyaaa!tapi time flies aku dah biasa,rasa bahang la.harga dalam RM 75.kalau pandai cari boleh dapat RM 65.
yang ni Premium Beautiful.special for ladies.produk ni dah dua orang ejen tawar kat aku (nampak sangat aku gemuk) tapi aku tak terfikir lagi nak try.satu,sebab kosnya.mahal woi.RM 2400.pandai cari ejen boleh ansur RM 100 per month.dua tahun kau hutang.fikir banyak kali jugak tu.baik lagi saving untuk kahwin eh sambung belajar.PB ni lama dah kat pasaran dan banyak testimoni.apa yang aku tahu 70% untuk kesihatan dan the rest baru kecantikan.PB dijual secara online kerana konsep perniagaannya MLM 100% guna social networking.nak tahu lebih mungkin boleh tanya pada Iqa Zukhali.nak meniaga pun boleh.
yang ni paling murah.RM 5 je.aku dah try dulu dan hasilnya superb.paling aku suka pasal sabun herba ni adalah bau wangi herbanya.guna lepas mandi sebagai lotion,bukan buat mandi okay.senang nak dapat kat toko jamu.aku kenal sabun ni lepas kena tipu oleh akak meniaga pintu-ke-pintu kata harga dia RM 10.ciss.anyway ada dua colour,satu hijau satu oren.untuk hilangkan selulit warna oren.hijau spesial untuk perempuan sahaja sebab fungsi lain.
last sekali aku nak cakap
|
|
|
apasal blog aku macam kedai online nih?kaedahnya.haduui.