wallpaper blog dah tukar.ecewah tetibe ada banyak heart.k abaikan.
hari ini memang hari paling malas sedunia (padahal hari-hari) rasanya blog ni banyak menyimpan sifat buruk aku je, pemalas, pemarah, pembengang eh segala macam pe lagi lah.hari ni aktiviti aku cuma tidur tidur tidur tidur.
bila bangun tidur,baru terperasan atas meja ada kotak big apple.kotak jelah okeh,isi kosong.walaupun isi kosong, tapi hati aku membara bila ingat macam mana kotak tu boleh ada kat situ.
sebenarnya nak membebel pasal Big Apple kat WARTA Bangi.
pilihan donat tak lah banyak sangat.memang tak banyak sebenarnya.sampai kau kena amik masa untuk fikir berjuta kali kalau kau beli set 12 ketul sebab kau memang tahu ada perisa donat yang nak kena repeat sampai 3 kali dek penangan tak banyak pilihan.so what kalau kena repeat?maknanya kat situ dah take time to make the best choice.macam hape je.
tapi tapi tapi semalam aku cuma beli 6 ketul je.dengan 3 perasa.sadis betul.aku berharap 6 ketul tu akan bertukar lain-lain perisa bila aku sampai kolej.tapi tidak.mereka kekal statik dengan perisa dan hiasan yang sama.ohh~
aku beli petang sangat dah, dalam pukul 6 lebih.tapi orang masih ramai lagi.yang aku nak persoalkan kenapa cuma ada tak sampai 5 jenis donat dalam dulang donat tu?bagi orang yang tak makan buah-buahan macam aku, komfem lagi 2 perisa tu aku tak ambil.sebab ada buah atasnya.mungkin aku risau sekiranya aku makan buah kulit muka menjadi halus.eh.merepek.
kalau orang bisnes,nampak dah donat tu dah tingal tak sampai berapa jenis.dahla tiap satu jenis tu pun ada tak sampai 5 ketul.cepatlah buat stok yang seterusnya.ke nak kena tunggu tray kosong licin?
jadi apa pilihan yang aku ada?sebab nak makan sangat donat kan.ambik jelah pilihan yang tak berapa nak boleh dipilih.
lepas pilih,donat-donat aku diletakkan kat kaunter.i tell you,dia punya pekerja ramai kot.dalam mini booth tu ada sampai 5 orang.tapi kat kaunter sorang pun tak ada.yang sorang duk serve customer lepas aku.yang lagi empat?semua sibuk nak hias donat.
aku bajet yang serve customer sensorang tu kompem trainee.dahla customer lepas aku tu beli set 12 biji,punyalah lama dia nak decide which doughnuts should be bought.habis aku yang tercongok kat kaunter ni dari muka tersenyum manis sampai keluar gigi taring.
berapa lama kau expect aku boleh tunggu?
bukan sekali dua aku minta akak yang duk pura-pura busy pakai apron,betulkan apron,pakai sarung tangan untuk kira aku punya.jawapan standard yang sama, macam ada skrip depa bagi.
"kejap," dengan muka cari pasal.langsung tak senyum macam aku pulak yang salah.
look,kalau macam ni lah customer service gayanya memang mohon dikursuskan dulu lah.aku customer dan aku tak mahu tahu like ohh depa tengah latih trainee untuk handle situation.
lepas nak dekat 10 minit berdiri barulah akak yang beli set 12 biji tu siap pilih dan budak trainee tu kira bil aku.nasib kau dapat customer baik.kalau aku cabut lari dengan donat ni.memang haram aku makan.adui.