uwah lamanya tak menjenguk blog ni.walaupun nyawa-nyawa ikan, tapi rindu tetap ada.haha bajet ramai nak baca.whatever~
sebenarnya malam ni ikut plan kena pulun tesis.entah kenapa tiba-tiba tak ada mood dek memikirkan apa nak jadi dengan kulit muka yang teruk ni.degil benar jerawat tak mahu hilang.tension.
sekarang ni facebook,twitter dan instagram saya dah tak aktif.facebook tu memang sengaja deactivatedkan sebab tak mahu timbul isu lagi dengan orang sebelah.lain-lain akaun tu memang malas nak buka (ecewah, padahal baru hapdate instag dua hari lepas) so blog ni jelah tinggal nak luahkan perasaan.
berbalik kepada masalah kulit ni.entah sejak bila saya rasa termotivasi sikit nak membelek muka saja kerjanya depan cermin.mungkin kejelesan terhadap muka-muka yang mulus halus licin member-member lain.kulit wajah tak mesti putih, asalkan bersih dari cela.itu prinsip ex-roomate saya ajar dulu.
saya dahla jenis tak rajin nak menjaga kulit muka, ada keinginan pulak nak kulit semurni lisa surihani, memang ke laut lah.dah la malas, allergic pulak dengan produk yang ada perkataan memutihkan-dengan-segera-dalam-dua-hari.hahaha memang tak akan dibelilah okay babai.oops perkataan memutihkan pun tak mahu jugak (bajet dah putih melepak, hancur!)
sekarang tengah cuba safi rania gold.walaupun tak beli set penuh (biasalah dengan masalah kewangan student) saya try juga.terpengaruh dengan testimoni katakan.haha.cuma guna pencuci,krim kecantikan,krim malam dan toner. so far, kulit rasa halus dan jerawat tak tumbuh.tapi tapi tapi kau sorang jelah rasa halus.orang lain yang tak pegang kulit kau rasa ish takde menda perubahan pun.haha sebab parut kau masih lagi elok cantik terletak kat situ.ini testimoni selepas hampir dua minggu guna.but okay lah kan.biarlah kau sorang je rasa syok sendiri dengan kulit halus kau.lama-lama hilang lah tu.bagi habis pakai dulu kan.
kemudian entah macam mana dalam kelas member-member duk syok promote Virgin Covonut Oil by Catalyst.produk ni lama dah kat pasaran (ikut kajian saya dengan cik Google).since 2011 lagik.Irine Nadia pun lama dah promote.kitorang baru tahu.biasalah member sekelas,bila ada produk macam good-good je terus share informasi dan plan reramai nak pakai kan.haha masa depa duk promote tu saya dah terliur dah.punya berangan bermimpi nak kulit halus cantik.perempuan.tipikal betul.haha
so sebagai seorang wanita melayu yang baru nak rasa macam mana nak jadi cantik,semua produk sangat menarik perhatian.i've experiences dengan roomateS yang obses dengan produk-produk ni okay.nampak tak S besar tadi?tu tandanya lebih dari seorang.haa syok tahu tengok kawan-kawan yang obses dengan produk-produk cenggini.sikit sebanyak korang pun tambah ilmu kecantikan dan petua sikit. kalau ikutkan saya yang sedikit konservatif ni, saya prefer lagi makan jamu.okeh tak tipu tahu.saya memang makan jamu mustika ratu.tapi dah habis seminggu lepas so keinginan nak try VCO pun meluap-luap.
tadi petang berjalan ke WARTA Bangi dengan abang Hafiz dan abah.apalagi,punya ambik kesempatan sebab kat WARTA banyak kedai jual supplement kecantikan kan,alah siapa rajin pergi mesti tahu macammana meriahnya WARTA dengan beautylicious phenomenanya.sampai kau sekali eksaited nak try semua produk.
"abang,ada rm40 tak?"
"....." tak bersuara terus unjuk duit rm50 sekeping dari dompet dia.haha chance jangan dilepaskan.haa.mendapat kau sebotol VCO.
yeayy excited sangat tahu.so officially hari ini 1 Jun 2013 saya makan VCO.dah telan 2 biji tadi.nak mimpi indah-indah pasal kulit halus malam ni.(nak mimpi kulit selepas seminggu macam dalam testimoni)
#entah sejak bila mula obses dengan kecantikan.haii parah-parah.