Wednesday 22 May 2013

#terima kasih

hari ini pergi ke kelas dengan rasa yang amat malas. semester ini saya cuma mengambil 3 subjek. satu hari isnin, dua lagi hari rabu. tapi kelas hari isnin tu dah habis. manusia macam saya yang suka 'beri betis nak peha pulak' bila kelas makin sikit makin malas nak jejak kaki ke fakulti. bila kelas isnin dah habis rasa macam malas nak pergi kelas yang lagi dua tu. yelah the whole week kira langsung tak ada kelas. haha tampar je, pemalas tahap petala kelapan.

sampai ke kelas ingat saya sorang je yang malas. datang dah la lewat, tapi tu pun member lain tak datang lagi. lastly bila prof. rahim dah masuk (ooww prof makin kurus,semoga prof cepat sembuh & sihat macam sedia kala) member lain sorang-sorang terkedek masuk kelas.

ramai tak datang tapi prof tak kata apa. yang datang tu pun duduk beribu-ribu batu jauhnya dengan prof. adoi la. habit duduk paling belakang,susah nak kantoi kan kalau hang duk main henpon. tapi kalau dah kelas yang student memang sikit duduk  belakang sampai himpit dinding pun nampak je apa korang buat.

sorang-sorang muka mengantuk.mata sembap,pakaian memang dah tak teratur la.nampak sangat main rembat je masa nak gi kelas kan.yang perempuan tudung memang tak bajet.eh, tahu tak bajet tu apa? hihi. tak kemas la.serabut tengok.seserabut tuan-tuannya.mata tu separa je.nak kata bukak macam tutup, nak kata tutup eh macam bukak.prof dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan tu memang la mengajar sambil duduk dan, matanya sentiasa di laptop, langsung tak pandang kepada kami (rasa macam tak dihargai ekeke). apa lagi,masing-masing cari alternatif supaya tak sampai tertidur. bukannya jadi masalah kalau tertidur, cuma yang jadi masalah adalah bila kau tidur lepastu ada orang snap gambar kau terhangguk-hangguk lepastu post dalam social network.dah tak pasal fofular free je.

ape lagi,POU di mana-mana.tak lupa kendi keras (baca: candy crush). masing-masing nak tunjuk pou siapa paling glemer.pou siapa paling bergaya.kendi siapa paling highest level.kendi siapa nak mintak nyawa orang (huh?)

bahana tesis, semua jadi lintang pukang.deadline dah dekat jadi masing-masing bersengkang mata tetiap malam.yang tak datang kelas pagi tadi confirm tak jaga lagi sebab lepas subuh baru tidur.semua rasa gundah gulana.dah tak ada masa nak bercendol dan berlaksa bawah pokok di Rimba di Bangi Lama tu.dah tak ada masa nak berhuha-huha di bilik tv macam biasa.mood down.sungguh.

saya sedang cuba cari penyelesaian supaya masalah duka sebab tesis ini tak melarat-larat sangat dan terbawa-bawa kepada perkara lain.tapi masih tak jumpa.

nak dijadikan cerita, lepas kelas saya tunggu bas di bus stop dan terserempak dengan Azilawati.macam tahu-tahu risau yang menggunung, rakan saya tu terus bercerita pasal tesisnya yang siap awal sedangkan datanya adalah yang paling akhir dikutip dalam kelas kami.


semangat sikit.terima kasih kawan :)

#oh ya.balik-balik bilik,tengok terang benderang.pakcik techniciannnn! terima kasih betulkan lampu meja study saya.lapiyu :P