ingat tak hari tu aku cakap nak jumpa prof SV aku? sedih sekali disebabkan kecuaian aku yang tak dapat tahan kantuk untuk beberapa jam selepas jumpa prof, aku tertidur lepas subuh dan bangun pukul 10. then, teka aje lah yang dah confirm-confirm prof dah keluar waktu tu seterusnya aku pun tak dapat jumpa beliau.
sedih bukan main aku waktu tu.takde siapa nak bagi bimbingan dan sokongan,apatah lagi menangis bersama aku.apehal ayat macam berhemah kemain.tampar lelaju bagi kembali ke alam yang fana nyata.aku pun teruskan lah pengembaraan eh mula lagi.aku pun teruslah usaha cari alternatif supaya macam mana macam mana pun aku mesti boleh hantar jugak draf tesis aku 10 haribulan ni.ah malas lah aku nak cerita pepanjang sebab aku pun dah terlupa main idea aku karang entry ni tadi.maklum lah cite terendam beberapa hari sampai naik kulat woi kau ada perbandingan yang menyelerakan sikit tak?eh kulat tu cendawan tau?grr.
macam mintak sekeh je cerita bukan main pung-pang-pung-pang kat atas bila sampai tengah dah tammat.
sekarang ni tesis aku tak siap lagi sebab prof dah tukar tajuk aku.gila kau empat hari sebelum hantar tukar tajuk wowowo. aku cuba buat yang terbaik sebab aku percaya,
semua orang ada 24 jam
aku pun ada 24 jam
|
|
|
|
sambung sendirilah sebab aku dah lupa lagi sekali apesal aku cakap macamtu.aih,ting tong betoi.
No comments:
Post a Comment