dulu-dulu aku tak pernah terfikir pun aku akan duduk kat asrama.dulu-dulu tu maksud aku time aku masih sekolah rendah.sebab ape ha.aku ingat sebab aku selalu dengar member-member puak geng aku selalu cakap,
"eh kau jangan mintak asrama ah.kau tau tak abang aku cakap asrama tu bahaya oh.nanti kau kena basuh baju sendiri.kau yakin tak basuh tangan tu bersih?"
"asrama kakak aku oh selalu ada je orang meroyan.bapak seram weh.lagi kalau perempuan kenyang yang makan lauk orang lain kat DM (dewan makan) selalu lah kena bisik-bisik"
"warden asrama selalu denda kau macam-macam,kau dah la selalu tak pernah buat kerja rumah,nanti waktu prep kau nak buat apa?"
tup-tup lepas tingkatan 3 aku tiba-tiba ada keinginan nak berubah dan berhijrah menjadi manusia yang lebih baik,mampu menjadi tauladan sanak saudara membimbing adek beradek eh aku harap ustazah bangga baca impian aku ni.
apa la aku merepek nak bagi panjang intro ni woi.dah dah.
kalau yang biasa duduk asrama,mesti tau dah resam asrama yang penuh dengan macam-macam dugaan dan rintangan cabaran onak dan duri.perangai sume-sume dah la macam-macam,ada yang masuk air,ada yang skema ikut peraturan sokmo,ada yang stail macam samseng,ada yang pendiam buat hal sendiri,cara jaga kebersihan pun lain-lain.pandai-pandai lah nak bawak diri dan sesuaikan diri dengan environment kalau kau budak baru.aku dulu penakut baq hang.aku tak berani nak cakap-cakap dengan senior.ohh aku tetibe tegak bulu roma bila ingat aku yang dulu.tak masuk lagi geng yang ngam tak ngam.kalau ngam kau sahabat kalau tak ngam kau ku umpat.kelaut sekali lagi kau. -,-
paling femes dengan budak asrama adalah topik-topik yang berkaitan dengan mistik.ntahpape bila aku ingat balik.kau [aku] dah la penakut tapi waktu siang kau [aku] sibuk berebut nak sembang hangat pasal benda-benda misteri.masing-masing sembang nak up jelah pulak tu.macam cerita kau paling scary,tragis dan ngeri.haa hambik kau bila malam nak pergi buang sampah kat tong sampah depan pintu dorm pun nangis-nangis merayu mintak orang teman.apa,bukan aku tau.aku dah buang sesiap sampah-sampah sebelum masuk dorm.lagipun hari ni bukan jadual aku bertugas bersihkan dorm.ah kelaut lagi,bila nak sampai darat ni.
haa antara cerita yang paling kerap kan,
---kalau kau makan nasi kat DM tak habis,nasi tu menangis dalam tong sampah.tapi yang dengar tangisan tu confirm lah bukan kau sebab tong sampah dorm kau bukan tempat buang nasik.pakcik DM lah yang dengar.hai pakcik,lainkali jangan buang nasik lebih kitorang dalam tong sampah,bagi lah kucing-kucing terbiar kat market tu.pahala dapat kat pakcik,nasik dapat kat kucing.mungkin cerita ni nak suruh kau ambik nasi berpada-pada,ingat ah member belakang ramai beratur time nak makan,jangan pikir perut kebulurmu seorang kawan.kesian oh member balik kelas penat sama rata macam kau tapi tak dapat nasi sebab kau dah la potong line,habiskan nasi kat tong nasi pulak tu.last-last tak habis,tak baik membazir tau,kedekut dan tamak haloba.macam mintak penerajang je.
---kalau kau sodorm (solat dalam dorm) memanglah nasib kau jumpa makhluk yang sujud bertentangan dengan kau bila bangun sujud.cerita ni memang paling scary aku dengar.tapi tapi tapi untungnya dengan cerita ni boleh elak kanak-kanak riang yang malas sangat nak turun surau untuk solat.yalah peraturan asrama aku dulu, solat mesti berjemaah di surau.siapa masbuk siap kau aku bagi denda kawkaw wkwkwkwk.aku tau lah sebab aku BADAR dulu.apa,kau tak percaya kan.mesti sebab perangai aku macam .............. (isi sendiri ikut suka) telanlah kenyataan ni.HAHA cakap pasal denda ni pun macam-macam tau.silap haribulan ada yang pergi prep malam pakai baju sekolah, pergi prep petang pakai telekung.ok what?tutup aurat tuu.kau tau tak memanglah aktiviti sodorm macam ni akan wujud terutamanya kalau kau duduk dorm paling hujung kat tingkat paling atas.peehh dia punya malas cakap kau,jangankan kata nak turun surau,selagi tak c*r** berry pun kau tak gerak gi toilet tau.
---kalau kau malas baca quran,atau imarahkan surau,jangan terkejut kau nak solat subuh ada sejadah sedang solat,atau masa kau bukak al-quran malam jumaat nak baca yassin tetibe ayat al-quran terbang naik ke atas dan hilang.yang ni aku pun tak pasti.aku dengar-dengar je orang cerita.
nampak tak cerita aku dah pendek?mood malas dah kembaliii wweeehhoo.
banyak lah lagi cerita.alaa 365 hari dalam setahun tolak dengan cuti yang berapa hari tu je pun kau balik rumah,hari lain semua kat asrama.all the time kau spend dengan member,mestilah banyak cerita.aku je malas nak taip panjang-panjang.eh sedangkan tesis pun aku malas,ni kan pulak blog buruk camni.lagi laahh...tak ada market beb.HAHA eh lawak ke.
cerita-cerita lain tu macam kalau prep malam kau dengar bunyi flush dalam toilet,lepastu malam-malam tidur kena tindih lepastu ada pulak kes tak reti jaga kebersihan kat toilet alaa kau paham-paham jela perempuan kan banyak nak kena jaga kebersihan kalau tak tahu tanya jangan pakai tinggal je nanti jadi macam-macam.laaa tadi kata malas dah nak cerita kan.tercerita pulak.takpelah lainkali aku sambung part 2 [entah bila,tunggulah kalau aku berubah menjadi seorang yang berintegriti,berhemah,berwawasan 2020 dan bersopan] mungkin aku nak cerita pengalaman-pengalaman aku pulak sepanjang aku duduk asrama dan kolej dari form 4 sampai lah masuk matrik sampai aku duduk 3 tahun kat UKM umur aku 22 student tahun akhir (apehal fakta bermaklumat biografi diri tetibe) pasal benda-benda halus ni.yelah,mereka pun makhluk Tuhan jugak,dan kita wajib percaya mereka ada.
No comments:
Post a Comment