Tuesday, 31 December 2013

#aku tak berdarah biru!

lewat 2 hari lepas, member satu ofis yang lain kaler dengan aku tegur,

"hang tak mohon BR1M  ka?

"nape? takyah la. aku rasa aku tak layak kot. aku kan duk dengan parents aku"

"eh, apehal. duit kita tu tau. mintak je. mana tahu dapat. untung"

"hah. tau pulak kau tu duit kita. selama ni kau duk pangkah buat apa?" dan-dan aku sembur.

"hahaha" dia gelak besar

"ape syarat?" aku sambung, tanpa rasa segan.haha

"isi rumah tak lebih 3 ribu"

"uih. tak boleh la tu. tak lepas aku nanti"

"alahai. kau ni skema sangat. isi la bujang dan tinggal sendiri"

"eh tanak aku.hak orang tu" (dosa wey.walaupun duit kita, tapi kalau ada orang yang lagi memerlukan, baik toksah la. nak buat makan tu)

"alahai"

"okay. gimme the link" aku provok dia nak tengok.

"oi. apehal kau puak pembangkang nak pulak makan duit kerajaan!"

mampus. dia pi kecoh satu ofis pulak.

"aih. alih-alih tadi kau kata tu duit kita!" aku balas lagi kuat. ah. semua orang tau aku tak berdarah biru.

#muallimah adik

setiap kali verangan, bukan main banyak lagi cita-cita entry nak dikarang. sampai ke sini terus lupa. anyhow, just nak cerita pasal si adik bongsu yang dah start masuk darjah satu. walaupun baru darjah satu, tapi mulut dia macam tingkatan 3. bercaaaaaaakap tak henti-henti. popcorn pun tahu letih.

tadi pagi ada pre-register kat sekolah baru dia.sekolah al-taqwa. sekolah PAS. sekolah integrasi bawah kelolaan JAIS tapi diuruskan sepenuhnya oleh PAS. ala-ala PASTI versi sekolah rendah. dan nak kata baju pun dah tahap muslimah pas. jubah hijau dengan tudung putih.

"adik ada cikgu baru"


"yeke. nama apa?"


"nama dia Muallimah Sya..."

"sya hape? syafiq? syasya? syamdol? syamsiah?"

"taklah. Syafiqah"

dan. respon aku macam,

"WTH?"

Syafiqah. setahu aku tu nama batch budak-budak 90-an. berapa umur cikgu dia ni? hape-hape la dik oi. semoga kau sukses selalu :)



Saturday, 14 December 2013

#meeting new friends


"Masa memula aku kenal kau, aku ingat kau ni serius. tak sangka kau bongek macamni"

"eh, sengal jugak otak kau ni ek. ingatkan lurus innocent je"

"tak sangka kau camni, aini. haha ingatkan skema hahaha"

~ aku memang susah nak mesra dengan orang. bila dah terkeluar peel pepelik tu tanda aku dah start serasi dengan depa. after meeting new friends, dialog biasa diorang sama macam atas-atas ni :3


#rindu abang!

malam tadi skype dengan abang. dengan penyertaan abah ummi dan adik sekali. gembira bukan kepalang orang-orang kat Malaysia first time tengok abang secara real setelah 3 bulan abang pergi. hehe

"sejuk..." (masa tu abang kat luar)

"masuk la. dah makan belum?"

"belum lagi. depa tengah masak"

"masak apa hari ni?"

"sup ayam "

"ko dah takde duit kan?camna, boleh makan tak sup tu nanti" (due to HSBC terminated his card)

"apesal pulak tak boleh, HALAL kan?"

k fine. joke kau boleh gi final.

"best tak kat sana? Malaysia ke sana lagi best?"

"hmmm. tiap-tiap tempat kan ada kelebihan sendiri. so feel dia lain-lain"

i know. abang rindu nak balik Malaysia. ummi pun cakap. tapi how he express his feeling, tunjuk dia dah betul berdikari and boleh bawa diri kat sana. dia tak nak orang lain risau kat dia. i know u can do it, abang! kitorang rindu, cepat balik bawak ijazah ! :)

Wednesday, 2 October 2013

# me : cooking?


cooking is fun.

and i just know it, huh.


dah time terdesak baru nak belajar. adui.

Wednesday, 18 September 2013

#alhamdulillah



alhamdulillah, praise to Him that I'm now belong to someone.not fully,khitbah actually.

doakan jodoh kami panjang dan rezeki yang murah. doakan yang terbaik untuk kami.

ecewah.

aku tu dah jadi KAMI.

lulz.aku malu.k bai.

#oh ye.mekap tu huduh gile.aku pun tak sanggup nak tengok muka sendiri kat cermin,ni kan pulak orang lain mesti dah maki hamun sebab hilang selera makan bila tengok aku.dan pose aku yang entahpape.kaku segala.

Tuesday, 23 July 2013

#first entry ever after almost a month

assalamualaikum.

sekian lama tak sempat nak menjengah blog-ga-gi-gu nih,akhirnya taraa...*ketuk gendang

sebenarnya sekarang i'm in my practical sem in final sem in final year. the last of the last.

the job was not so bad, that i just cant go through anymore.fuh bajet sunggooh kau. nope la, just aku rasa aku memang tak boleh adapt dengan kerja di jabatan kerajaan yang 8 jam duduk dalam air-cond. plus faktor lain jugak. *tutup fail. tak baik mengumpat dalam blog.hari ni hari rabu.

serba ringkas untuk seminggu ni, setelah aku balik dari Besut (kempen mengundi selama 5 hari)  Isnin pukul 10.30 malam, maka pada hari selasa pada pukul 9 pagi aku telah mendapat arahan ke Gopeng serta merta sehingga Khamis. kemudian Ahad sampai Isnin di Bukit Tangga, Kedah. 

kau rasa job aku heaven? tak syok langsung weehhh.

so today, aku di Gopeng untuk hari kedua.menginap di Seri Malaysia Ipoh, yang komfemnya ditanggung,aku nak komplen pasal hotel ni je.

aku memang seriau kalau kena menginap di Seri Malaysia.sebab, kena iron baju kat luar.which is, kau kena pakai segala serba serbi menutup aurat bersopan gadis melayu jawa yang terakhir. iron board tu tak boleh laras untuk ketinggian wanita asia yang rendang macam aku.tau tak macam apa?macam hampeh.dan kau tak boleh seluk baju kat iron board tu, in case kau nak iron baju bermanik.akhirnya...tudung dan baju berkedut pun berjaya dihasilkan dengan jayanya oleh si aku. dasar.

second, untuk satu malam aku di Ipoh, kenapa pintu bilik aku susah gila nak bukak dari luar wehhh?sampai merah-merah tangan aku nak pulas pintu.emangnya aku bisa kerja tukang kunci kan?gampang (senang maksudnya.bukan aku mencarut duh.) aja kok.

semalam lepas check in, aku masuk bilik aku disambut dengan air mencurah-curah yang terus membasuh muka aku yang sedang kehausan dan kelaparan akibat berpuasa.air yang datang dari pemanas air yang bocor paipnya sampai bilik aku sedang mengalami musim banjir walaupun kat luar panas dan jerebu.heaven kau.

okay lah.aku dah kena gerak.setakat ni dulu.banyaklagi benda nak cerita dalam tempoh almost a month aku join MOA.(tak boleh mention spesific ofis aku bahagian mana,cari pasal)

happy fasting,bye.