Saturday, 24 November 2012

#edisi masuk air di tengah malam

Isteri melihat si suami mula mengantuk sambil menonton bola dan ingin bergurau dengan suaminya.

Si isteri datang ke menghampiri suami di atas sofa lalu menukar siaran bola kepada siaran memasak.


Si suami terkejut dan segera menukarnya semula kepada siaran bola.


Si isteri ketawa kecil dan menukar kembali siarannya.


mereka terus berebut remote sambil ketawa.



✿ satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
✿ 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....
✿ daging di rebus oleh REFREE sampai empuk....
✿ masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..
✿ BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak....
✿ GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
✿ PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "


Jiran sebelah: Ape ke benda yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya...dunia2. hehe :D

Moral : Gurauan dalam rumah tangga itu perlu :D


#masuk air dah. dah kenapa post benda begini? -.-

# perkara paling berharga

tahu tak perkara paling berharga yang kita ada dalam dunia ni adalah keluarga?

keluarga tu;

kita tak rasa syak wasangka

kita rasa bahagia gembira

kita tak jemu bersama

kita mesra. gaduh pun mesra cuma tepuk-tepuk sikit je :)

walaupun keluarga atuk makin lama makin berjarak sebab kesuntukan masa dan masing-masing sibuk, kami tetap akan plan waktu balik kampung ramai-ramai. 

momen waktu deepavali. ehem. bukan sambut raya, tapi kami buat 

family lunch : seafood

best yaw :)

#Aini couldnt be helped anymore. perosak bahasa sungguh.

# steamboat resepi abah.

#sosej panggang










# naaa... bersusun. makan jangan tak makan.




#bujang & bukan bujang. eh?


#sila-sila layan selera sendiri.

#nasib baik meja atuk nenek ada space nak letak pinggan nasik lagik.

#eh sorry lah terinterframe bebanyak kali

#sorry, i kipas ayam je. kipas-kipas orang i tak tahu.

#penanggah paling semangat


#cuba teka, reaksi apakah ini?






#orang cakap lah!

bukan nak tuju kat sesiapa tahu. tapi kan, tapi kan orang cakap,

siapa makan donat rasa manis

siapa makan air batu campur rasa sejuk

siapa makan kicap rasa masin
(eh, kicap manis pun ada kan?)

orang cakap lah. bukan saya. 

saya nak kongsi gambar bawah ni je. alang-alang rajin nak update kan? 

selamat menjamu mata :)






# kucing pun ada rajinnya, helpless!


Lama rasanya saya tidak menulis. Bukan rasa, memang lama.

Aduhai. 24 jam berlalu selalu tak terasa. Nak siapkan assignment pun terkejar-kejar, apa lagi nak menulis di blog terceruk ini yang pada saya tak lah begitu penting.

Tahun akhir di universiti benar-benar membuatkan saya sesak nafas dengan timbunan assignment dan field work yang bagaikan tak pernah rasa serik untuk surut. Banjir pun ada surutnya. Assignment saya; siap satu tambah lagi. Belum siap pun tambah lagi. Elok lah, orang tua kata kalau nak bertambah jangan tunggu yang asal habis. T.T

Balik rumah? Huh, saya perlu diberi award sebab buat pertama kali dalam sejarah sepanjang bergelar mahasiswi, cuti pertengahan semester saya langsung tak pulang.

 Assignment, assignment juga. Field work pun dibilang juga. Tapi tesis jangan dilupa. Hah.
"ANALISIS SIRI MASA KUALITI AIR BERDASARKAN EVENT MEAN CONCENTRATION (EMC) DI ALUR ILMU UKM 

BANGI SELANGOR”

Tajuk diberi dah. Dah dipermudah dah. Tapi bab malasnya tu masya-Allah. Memang tak boleh dibantu. Kucing pun ada rajinnya tahu, Aini? eh. Ada kena mengena dengan kucing? Kesian.

Prof kompem membebel kalau tahu proposal dah sebulan lebih tak siap-siap literature review. Mana nak siapnya lah Aini kalau malas nak baca jurnal. Jurnal pun dah bagi dah list. Apa lagi yang kurang? Ah, malas lagi lah tu. Eh apa ni mood temper tetiba membebel kat diri sendiri.

“haritu cakap on the way nak sampai bulan dah, aku ni dah balik dari China, Kemboja, Chini, kau tak siap-siap lagi?!”

Agaknya la kot prof. cakap gitu. 

#sambil bayangkan muka prof.heh.

Anyway prof, saya siapkan dah masuk data Alur Ilmu. Harap-harap prof sejuk hati dengar. Tak banyak pun lah. Cuma ketenangan hidup saya diragut selama 3 hari je.

#data selang 15 minit selama 6 bulan. nasib baik ada mesin kan prof, kalau tak saya dah kena bersinsing lengan kaki bermesra dengan lintah & pacat, kan kan prof kan? :)