Saturday, 24 November 2012

# kucing pun ada rajinnya, helpless!


Lama rasanya saya tidak menulis. Bukan rasa, memang lama.

Aduhai. 24 jam berlalu selalu tak terasa. Nak siapkan assignment pun terkejar-kejar, apa lagi nak menulis di blog terceruk ini yang pada saya tak lah begitu penting.

Tahun akhir di universiti benar-benar membuatkan saya sesak nafas dengan timbunan assignment dan field work yang bagaikan tak pernah rasa serik untuk surut. Banjir pun ada surutnya. Assignment saya; siap satu tambah lagi. Belum siap pun tambah lagi. Elok lah, orang tua kata kalau nak bertambah jangan tunggu yang asal habis. T.T

Balik rumah? Huh, saya perlu diberi award sebab buat pertama kali dalam sejarah sepanjang bergelar mahasiswi, cuti pertengahan semester saya langsung tak pulang.

 Assignment, assignment juga. Field work pun dibilang juga. Tapi tesis jangan dilupa. Hah.
"ANALISIS SIRI MASA KUALITI AIR BERDASARKAN EVENT MEAN CONCENTRATION (EMC) DI ALUR ILMU UKM 

BANGI SELANGOR”

Tajuk diberi dah. Dah dipermudah dah. Tapi bab malasnya tu masya-Allah. Memang tak boleh dibantu. Kucing pun ada rajinnya tahu, Aini? eh. Ada kena mengena dengan kucing? Kesian.

Prof kompem membebel kalau tahu proposal dah sebulan lebih tak siap-siap literature review. Mana nak siapnya lah Aini kalau malas nak baca jurnal. Jurnal pun dah bagi dah list. Apa lagi yang kurang? Ah, malas lagi lah tu. Eh apa ni mood temper tetiba membebel kat diri sendiri.

“haritu cakap on the way nak sampai bulan dah, aku ni dah balik dari China, Kemboja, Chini, kau tak siap-siap lagi?!”

Agaknya la kot prof. cakap gitu. 

#sambil bayangkan muka prof.heh.

Anyway prof, saya siapkan dah masuk data Alur Ilmu. Harap-harap prof sejuk hati dengar. Tak banyak pun lah. Cuma ketenangan hidup saya diragut selama 3 hari je.

#data selang 15 minit selama 6 bulan. nasib baik ada mesin kan prof, kalau tak saya dah kena bersinsing lengan kaki bermesra dengan lintah & pacat, kan kan prof kan? :)