Monday 10 December 2012

#kalau saya jadi...




kalau saya jadi DOKTOR
saya syorkan pesakit bukan sekadar consume ubat yang saya beri tapi juga ubat tradisi macam jamu & pergi berurut atau jumpa ustaz. yelah, bukan semua penyakit doktor ada ubatnya kan. kalau dah tahu tak ada ubat, saya tak menolak ubat lain. macam ubat hati & ubat jiwa sebab matlamat saya adalah patient saya mesti sihat walau apa cara melainkan beliau dipanggil TUHAN.

kalau saya jadi BLOGGER
saya akan pastikan apa yang saya tulis, taip & karang beri inspirasi kepada pembaca. bukan sekadar joke kosong. bukan macam blog hampeh sekarang ni Aini. jangankan kata nak memberi inspirasi, button NUFFNANG pun tak ada. eh, double meaning kah di situ?

kalau saya jadi AHLI POLITIK
saya mahu semua warga asing dihantar pulang ke negara masing-masing supaya rakyat sendiri boleh menarik nafas lega dengan peluang pekerjaan yang selama ini didominasi mereka. mungkin yang tinggal adalah kerja orang gaji, bawa teksi, buruh. jadi, apa salahnya naikkan gaji mereka, sebab kita tahu rakyat kita mahu gaji yang lumayan. semua kerja naik gaji, terutama kerja yang memberi khidmat macam polis, askar, pembersih kawasan & cikgu tadika.
(lingkup negara kalau dapat menteri macam kau, Aini! T.T)

kalau saya jadi PERANCANG BANDAR
saya akan susun kembali kawasan petempatan dengan kawasan riadah jauh dari kawasan industri. kawasan perniagaan akan dikawal- perniagaan runcit berhampiran kawasan perumahan tapi perniagaan besi buruk boleh duduk kat lombong. workshop di tengah-tengah antara kawasan pejabat & pentadbiran bandar dengan kawasan perumahan. ini nak elak pencemaran bunyi. selain tu, sekolah mesti terletak berhampiran rumah, tapi tak boleh berhampiran jalan raya sibuk. semua reka bentuk bangunan mesti gunakan green tech dan sediakan kawasan parkir dalam bangunan. saya akan galakkan reuse-recycle & reduce diaplikasi oleh orang awam. mentaliti pun kena ubah sekali untuk tingkatkan kualiti environment.

kalau saya jadi CIKGU TUISYEN
saya akan ajar berdasarkan syllabus, tapi akan gunakan pendekatan exam oriented supaya murid-murid faham  betul apa yang diajar. matlamat saya : objektif & tepat. latih murid-murid dengan soalan past year,percubaan & model soalan. paksa mereka buat banyak-banyak sampai nak muntah. kalau degil, cikgu rotan! eh, tergarang pulak. tapi dulu cikgu tuisyen saya garang lah sebab tu saya jadi orang :)

kalau saya jadi PROFFESOR
saya nak semua mahasiswa rasa environment belajar. maksudnya rasa seronok ke kuliah, belajar untuk bekalan sepanjang hidup. semua perkara berkaitan pembelajaran akan dibenarkan. pelajar fakulti A boleh belajar di fakulti F. semua pelajar boleh ambil subjek yang mereka suka, selagi mereka rasa mampu sebab matlamat masuk universiti adalah ambil seberapa banyak ilmu. student rasa gembira  sebab jumpa pelbagai perkara baru & bukan sekadar ikut apa yang dah digaris syllabus. duduk dalam suasana yang mereka rasa tiap-tiap hari adalah hari baru yang excited.

#angan-angan jelah Aini weh.


No comments:

Post a Comment