semester 5 yang saya
rasakan baru sahaja bermula telah mula melabuhkan tirainya. telah dua minggu
saya lalui minggu peperiksaan akhir. dan masih berbaki dua kertas lagi untuk
saya jawab (termasuk esok tapi sempat lagi nak cerita-cerita kat sini, kemain!)
sebelum balik bercuti walau taklah cuti mana dengan tesisnya dengan program
anak angkatnya dengan praktikalnya dengan program kebudayaan kelabnya semua tak
setel-setel.
waktu peperiksaan
adalah waktu yang semua orang rasa, selagi ada masa selagi ada nyawa semua nota
rasa nak telan sebab sebelum tu tak pernah ulangkaji langsung. (saya rasa
tiba-tiba tone bacaan saya menjadi laju) kalau boleh waktu ke tandas selagi
mampu ditahan, waktu makan aahh tak payah lah, puasa aja, waktu tidur selagi
boleh ditongkat kelopak mata err rasanya tidur jelah terus.
minggu peperiksaan
pada saya masih sama macam biasa, masih bermain-main dengan rakan-rakan
facebook (padahal main farmville) masih huhahuha ke sana ke sini macam orang
hilang pedoman tapi yang pasti tidur saya jadi tak tentu arah. selalunya jadi
semakin pendek. kalau waktu biasa matahari dah tegak dah condong balik baru nak
bangun, hari tak biasa (nak exam kononnya) saya hanya akan masuk tidur bila
bulan pun dah malu nak terangkan malam.yalah waktu siang main sahaja kerja,
waktu malam baru sibuk nak buat homework kata emak sambil cekak pinggang. eh
macam dialog biasa kat rumah heh. waktu malam baru sibuk nak ulangkaji.
tapi jadi kebiasaan
saya, sebelum masuk exam hall, SETIAP KALI & SETIAP KERTAS yang akan saya
jawab, saya akan hantar mesej kepada 3 orang yang paling saya sayang. ummi
& abah. :)
pagi tadi hantar
begini,
"ummi abah,
mohon didoakan kakak masuk ke exam hall pukul 12 dengan rasa senang
hati & dipermudahkan urusan :) "
abah balas begini,
"prasangka baik
akan memudahkan perjalanan roh & jasad, maka bersangka baiklah dengan
Allah, Rasul, guru-guru dan semua orang. kelak dipermudahkan perjalanan
anakanda,"
ummi balas begini,
"ummi sentiasa
doakan & bacakan yassin untuk kejayaan puteri ummi, insya-allah
dipermudahkan urusan anak ummi,"
aww aww bukan saya
tak biasa terima mesej jiwa-jiwa daripada ummi & abah. tapi saya rasa
terharu sangat dan saya rasa gementar juga kalau-kalau usaha saya tidak cukup,
lalu menyebabkan ummi dan abah bersedih kerana saya. demi Allah, saya terlalu
sayangkan mereka. apa lagi, tentu sahaja mereka tahu perangai saya yang
pemalasnya masya-allah jiran sebelah rumah punya kucing pun lagi rajin.
mesej mereka saya
balas begini,
"insyaallah,
terima kasih abah ummi. semoga guru-guru redha dengan ilmu
yang ada pada kakak sekarang,"
lalu saya sambung
dalam hati,
"semoga Allah
redha usaha ku hanya untuk menggembirakan kedua orang tua ku,"
Ya Allah, peliharalah
kebahagiaan keluarga kami. peliharalah kedua-dua ummi abahku seperti mana
mereka melindungiku sewaktu kecilku.