dah seminggu masuk semester baru, still have fun in the mood walau tesis prof mintak sampai ke bab 2, but even first chapter I didnt work for it. so hardwork of you -.-
ilmiah sikit kali ni, cuma nak share BRUXISM.
saya tak tahu apa rasanya tidur sebantal dengan manusia yang ada kelebihan mengasah gigi. sebab, saya adalah antara manusia yang mengalami sakit ini (kalau boleh dikatakan sakit, setengah kata ianya tabiat)
anyway, bruxism adalah aktiviti asah gigi/ laga gigi secara simple definition. kalau nak tahu lebih boleh la tanya enche Google. klik sini klik sini klik sini ada yang kata itu tanda gangguan jin.
tapi secara jujurnya, saya lebih suka pendekatan sains yang menyatakan bruxism merupakan hasil tekanan/stress pada siang hari yang diterjemahkan melalui aktiviti mengasah gigi pada waktu malam.
"rasa macam nak kejutkan je bagitahu nanti gigi tercabut"
"kalau letak pensil mesti pensil tu patah"
"terkejut mula-mula, rasa ngilu sangat tapi lama-lama dah biasa"
"malam tadi tak boleh tidur, orang bilik sebelah tu tak habis-habis asah gigi. dah tajam belum?"- ni adik lelaki bebel.
tu lah antara respon kawan-kawan, roomates & ahli keluarga sendiri. orang yang tak alami benda ni memang mudah untuk mengata. walau bukan menghina, tapi kadang-kadang saya terasa juga sikit sebanyak. senyum aja lah.
bruxism, bagi saya, bukan satu tabiat. tabiat adalah perkara yang biasa dilakukan bermula dengan kesedaran sehingga satu tahap menjadi luar sedar setiap kali melakukan aktiviti tu. tapi bruxism bukan macam tu. bruxism tak boleh dikawal. ia di luar kesedaran dan saya tak rasa ia sakit keturunan, walau abah & adik perempuan saya mengalaminya.
sampai satu tahap, bila saya bangun tidur tahu-tahu gusi berdarah & untuk satu tempoh waktu gigi saya akan sensitif terhadap ais serta beberapa jenis makanan lain. sakit, saya sendiri yang merasa. segan pun ada, tapi tebalkan muka. sebab ubatnya tiada di farmasi. semoga saya cepat sembuh.
# harap jangan mudah mengata, kalau tak pernah rasa.