Selalunya pasangan yang dah berkahwin pasti ada impian untuk
memiliki anak sendiri walau seorang pun, jadilah. Yang penting anak itu
terhasil dari benih sendiri. Tapi tak semua orang bernasib baik. Isu ni sebenarnya sensitif GILA untuk seorang wanita bergelar isteri. Memang harapkan sokongan yang sangat kuat daripada suami.
Ada yang terus bunting pelamin, macam Puan N. Kawan aku ni
nikah gantung. Time nikah jumpa suami sekali. Dua bulan kemudian baru jumpa
suami lagi untuk majlis sanding. Tapi depa sanding bertiga. Haybat dan Wow !
hahaha rezeki kan.
Ada jugak yang bertahun menanti tapi masih belum bertanda
walau sudah diusahakan bermacam cara. Ada aku jumpa 3 tahun menanti
alhamdulillah berkat sabar dorang suami isteri dapat jugak sang puteri. Ada
lagi 8 tahun berkahwin barulah ada zuriat. Setelah ada zuriat pertama, si abang
belum pun cukup dua tahun, mama dah bagi adik. Hebat kan kuasa Tuhan. Jadi
janganlah ditanya-tanya yang masih berusaha tu. Mereka pun ada hati dan
perasaan nak kan zuriat sendiri. Aku faham sebab aku pernah merasai. Itu aku.
Itu aku yang baru 8 bulan kahwin orang dah buat muka sebab belum ada isi nak
bagi ummi cucu sulung. Entah lah tak faham orang kita, ter ramai anak dorang
susah hati, belum ada anak ditanyai, dah ada seorang ditanya bila nak bertambah
lagi. Hmm. Apa pun aku yakin semua wanita pasti ada zuriatnya sendiri selagi
satu organ yang namanya rahim tu wujud. Apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan
kan?
Genap lapan bulan aku menjadi isteri, seperti biasa
tiap-tiap bulan datang lah Si Bendera Merah. Tapi kali ini period pain lain
macam. Sakit yang amat. Sampai menangis aku melutut kat ummi. Maklumlah, suami
jauh. Dengan ummi abah jelah aku mengadu sakit pening.
Ummi bawak aku jumpa dengan bidan urut. Dah lama sangat aku
tak berurut, even sebelum majlis kahwin aku pun sebab tak sempat, kesuntukan
masa dan yang paling penting tak ada bajet untuk itu walaupun sekadar RM 200
(yes, I’m supporting my event myself thats why no budget untuk hal yang kurang
penting). Lagipun nenek yang selalu aku berurut tu kebetulan dah jatuh sakit
sampai tak boleh bergerak, apa lagi nak mengurut. Aku pun tak tahu nak berurut
dengan siapa lagi. Tukang urut ni kadang-kadang tak match dengan kita kan.
Maksud aku, body kita. Mungkin orang lain rasa selesa diurut oleh si A, tapi
bila aku yang try aku makin sakit adalah. Haaa tu lah maksud tak match. Aura
tak sama. Haha
Berbalik kepada bidan urut ni, aku panggil Wak Isah. Ummi
pun pernah sekali je urut di situ, seminggu sebelum tu sebab sakit kepala yang
amat sangat. Bila dia urut aku alhamdulillah aku rasa lega sangat. Aura positif
mula keluar. Wak Isah cakap peranakan aku jatuh. Jadi itulah kenapa period pain
aku jadi sakit sangat. Dah lama sangat ni jatuhnya kata Wak Isah. Terbayang aku
sehari sebelum tu aku baru balik dari Miri jumpa encik suami. Aku bawak
backpack yang sangat packed. Sedangkan suami aku pun tak larat nak angkat, ni aku
pi galas jalan KLIA2 punya terminal yang jauh gilaaaaaa tu. Maybe tu makin
menyumbang kepada ‘worst scenario’ tu lah.
Aku cakap dengan Wak Isah, aku nak baby. Andddd now
alhamdulillah. The baby is 2 months old in my tummy. Doakan aku dapat menjalani
segalanya dan dipermudahkan sehingga ke akhirnya... aku sekarang tengah mabuk
yang amat sangat. Sebenarnya tak teruk mana berbanding mommies lain tapi yang
ni pun aku dah tak larat sangat. Kalau boleh seharian duk dalam selimut je.
Aku bersyukur walaupun aku hamil setelah 9 bulan berkahwin,
aku dan suami punya masa yang cukup untuk bercinta selepas nikah walaupun jarak
jauh. Taklah dikatakan puas bercinta tu sebab aku setiap masa cintakan suami
aku hahahaha (K!) tapi ruang 9 bulan tu agak lama untuk kami berjalan sepuasnya
dan beri ummi abah mak apa yang sepatutnya sebelum kami ada komitmen lain.
So the point to highlight kat sini adalah, kalau kau seorang
bujang yang sedang menanti jodoh janganlah gopoh gapah sebab itu rezeki untuk
kau berbakti dengan mak ayah lebih lama lagi. Kalau kau belum dikurniakan
rezeki anak, nikmatilah momen bersama pasangan sehabisnya. Kalau dah bosan
mengadap muka dia, balik lah kampung selalu, happy kan mak ayah, mak ayah
mentua. Main dengan anak buah, belanja dapur rumah kampung, bayar bil. see,
banyak benda kau boleh buat untuk tempoh yang Tuhan bagi tu. Yang penting kena
sabaaaaar. There’s pros and cons in all field so just bersyukur je dengan
rezeki yang Tuhan bagi.
tQ for the article aini..saje jalan2 blog
ReplyDelete