Saturday, 18 October 2014

Budak melayu berkancil ungu

Budak melayu baru ada kancil warna purple JFG **** dah rasa bagus sangat . Sebab tu dia bawa 20 km/h . Sebab dia baru ada kancil dah boleh dapat makwe . Boleh tayang kat semua orang yang lalu jalan tu . Siap pakej aksi untuk 18 tahun ke atas . Gua follow belakang dia setelah semua kereta depan gua semua memilih untuk memotong si kancil JFG . Gua pelik cuba nak tengok apahel . Dari tadi kereta-kereta depan gua terbrek brek bagai nak tersodok bumper kereta depan . Gua sengit . Gua potong . Gua bawak 20 km/h . Pedal minyak macam terasa tak terasa je ditekan . Dah nama pun slow sangat . Saja gua buat camtu . Nampak macam cari pasal kan? Memang . Tapi mengejutkan sebab kancil tu lagi jauh di belakang gua . Mak aii jam berapa kau nak sampai banting kancil ? Tak larat gua nak layan . Gua speed terus tinggalkan pasangan yang tengah asyik masyuk tu . Hmm . Kesal sebab tu anak bangsa gua tapi gua tak mampu buat apa-apa .

"Mudahkan jangan menyusahkan"

Sunday, 11 May 2014

# supplement

assalamualaikum and hai :)

first of all, maaf sebab kena sapu-sapu habuk sikit. memang dah terlampau lama tak buka blog ni. since I work in Putrajaya, nak cerita experience kat sana pun tak dan lagi and now I'm  a teacher pun still tak sempat. ALLAH. masa 24 jam tu nda tahu buat apa.

apa pun, bukan nak cerita apa. cuma nak share pasal supplement yang aku pernah try. aku start ambik supplement ni masa final year in UKM. sebelum tu memang tak nak sentuh langsung disebabkan rasa fobia - aku takut kalau benda aku makan tu kononnya sebagai extra support but become poison in future. dan nak cerita ni pun sebab ramai pulak member tanya. (tak tahu tanya serius atau perli ekekeke tapi aku ni innocent, jangan risau)

supplement yang aku pernah makan hanyalah Catalyst VCO. but now, since last night aku decide nak try Blackmores EPO 1000 mg. ini bukan iklan dan testimoni ye puan. cuma nak share pengalaman sikit. eh dah kenapa makin lama aku rasa ayat-ayat aku ni macam nak buat esei SPM, tak gaya nak bercerita pun.

Catalyst VCO ni aku makan 2 biji sehari sebelum tidur. DAN selepas aku mampu jamin boleh tahan perut aku daripada merengek-rengek tak tentu hala minta dilempang diisi. maksudnya selepas aku telan VCO aku akan pastikan aku tak akan sentuh sebarang makanan dan cepat-cepat tutup mata dan baring kat tilam supaya boleh psiko perut aku nih. kenapa tak makan waktu pagi? haaa... jeng jeng jeng !

*ketuk gendang

dah jadi habit aku SEBELUM beli barang, aku akan survey segalanya kat google. harganya, review, diskaun, benefits, testimonial etc. so, daripada survey aku tu lah aku jumpa (tak tahu mitos atau fakta - lebih kepada omongan TAPI AJAIBNYA AKU PERCAYA !) maklumat yang menyatakan kalau kau makan VCO pagi-pagi buta lepas solat subuh dan sebelum sentuh sebarang makanan, ini akan meningkatkan kadar selera makan. TERUK? NOPE, its needed for those underweight. so siapa nak gain weight, VCO Catalyst may help you reduce your worry. yang dalam kes aku pulak, aku tak rasa yang aku perlukan penambahan berat badan. kena kurangkan adalah !

aku dah makan 4 botol VCO ni. satu botol contains 60 capsules, last for a month. dan harganya RM 39.90 aku tak sure exact value sebab aku ambik dari dealer and got discounts. aku makan tak ikut urutan habis-satu-botol-terus-beli-baru pun sebab aku beli hanya bila aku ada duit. maklumla orang tak ada kerja tetap. satu botol aku makan, period aku yang sememangnya tak berapa nak ikut turn become worst. ada hari dia rasa nak datang, dia datang. dahla tak ikut tarikh, datang pun sikit sangat. then after a bottle finish, aku stop lama jugak dalam 2 bulan baru start balik. kali ni period become better.mungkin masa first bottle tu dia nak adjust bali segala hormon yang sedia tak betul ni. and last bottle which is habis last week, betul-betul buat aku rasa amaze sebab my period become normal. ikut tarikh dan tak sangkut. YEAAHH HAPPY MEEEEEE ! walaupun sebenarnya 3 botol ke yang akhir tu aku telan secara rahsia sebab encik tunang marah makan supplement. lagi-lagi dengan period yang tak teratur. 

tapi-tapi-tapi kelebihan yang sangat aku boleh rasa bila makan VCO ni adalahhh kulit makin licin, shining and jerawat macam susah nak hinggap. tapi taklah terus flawless. cuma kau boleh banding aaa antara waktu kau makan dengan tak makan tu ada beza. INI BUKAN PRODUK PEMUTIHAN KULIT. suka aku nak ingatkan sebab sepupu-sepapat aku yang try benda ni lepas tengok effect muka aku marah sebab depa tak jadi putih. HAHAHA ni produk kesihatan kulit lah. kulit aku tak sihat.

but now, aku berhijrah kepada BLACKMORES. sorry CATALYST. I'm trying new product. lagipun encik tunang paksa beli. entah kenapa la dia anti sangat dengan VCO tu. tak apa. as long as dia support belanja kihkihkih. BLACKMORES lebih kepada kesihatan keseluruhan badan. boleh lah try google for more info. kulit yang banyak jerawat insya allah become better. apa-apa pun usaha. oh ya, untuk kuatkan rambut juga. those yang suka gugur-gugur rambut you sampai sumbat lubang bilik air tu, u may try.

beli kat Watsons BLACKMORES EPO 1000 mg ni rega dia RM 88. ada lain EPO 500 mg. ni kau kena makan 2 biji, kalau period pain 4 biji. so I choose 1000 mg, kalau period pain pun just take 2 capsules. ada lain lagi EPO + Fish Oil. mahai skek arr. aku ada alasan sendiri kenapa tak mau ambik yang campur dengan minyak ikan ni. konon-konon tak pure EPO, so kesannya kurang. kehkehkeh memandai jelah. 

and so i also bought Simply Siti sebab dah rasa tak mau teruskan guna Vitamin E Collagen Plus lagi. (dah kenapa tetibe kosmetik pulak, kata tadi cerita supplement) tapi laahhh masa ada orang nak bayarkan kita tu la set Simply Siti hijau tak lengkap. menyampah I. cuma ada cleanser and toner. jadi laaah T,T selalu tu kalau kita datang sorang dengan dompet kosong, kemain dia beratur chek Siti senyum-senyum kat kita. tak apaa next time adaaa HAHA *evil

DAA !

Friday, 7 March 2014

#tanah airku

tanah airku
suatu ketika dahulu
sejarahnya gemilang dikatakan
laksamana dan pahlawan wangi namanya
si bijak dimuliakan
pemimpinnya adil
harmoni menyentuh hati

kini
apa lagi yang boleh aku ceritakan
apa lagi yang aku boleh harapkan
untuk generasi selepas aku
untuk anak cucuku

akhlaknya musnah
ditelan modenisasi
hak asasi tercabul
kerana kuasa si dua muka
amannya tiada lagi
sempitnya hidup
ekonominya punah
masyarakat porak peranda
jenayahnya tiada henti
setiap saat, nyawa si watan bagai diintai
tiada nilai
si cendekiawan 
ada yang tersangkut dengan sandiwara sendiri
ada yang kuat menceritakan kebenaran
akhirnya kecundang

mana pergi sopan santunnya
mana pergi budi bahasanya
apa lagi
yang aku boleh ceritakan
tanah airku
kini.

Tuesday, 31 December 2013

#bini kelas A!

dulu-dulu aku memang tak rajin masak.memang langsung tak tau nak masak.taknak belajar pulak tu! huh berlagak mengalahkan kak ton. tapi sejak-sejak aku asyik lapar je lepastu ummi buat selalu buat dekk bila aku mengadu lapar, maka terpaksa la aku tera-tera (try) sendiri nak kenal-kenal dengan lada benggala, kacang botor, telur sotong. lagipun kalau aku malas aku jugak merana lapar sorang-sorang lepastu ummi bebel :

'kau tu dah jadi tunang orang. nanti kalau R (nama tunang) bawak kau balik rumah dia, jangan buat malu ummi mak mentua kau tengok gaya kau kupas bawang atas cutting board"

(ni bukan versi ummi. aku bega sikit)

pehh. ugutan ummi. ayat 'mak mentua kau tengok' tu buat aku tak tidur malam. haha
tapi tapi tapi,

kalau aku yang duk dapur :

~lempeng aku tak sebulat dan senipis ummi buat. senang cakap, kalau lempeng ummi namanya lempeng Seri Lawa, nama lempeng yang aku buat lempeng-huduh-bak-hang.

~telur mata aku kompem pecah kat bahagian kuning.so whats up with the mata? buta dah laa kot.

~bila aku goreng sayur, tak sesedap macam ummi goreng, walaupun ummi cuma pegang sudip je, tapi sentuhan ummi tu macam bagi magis kat masakan tu.

~sup sayur dengan kentang aku comot. ummi buat elok lawa je.buat orang rasa nak makan dan-dan tu jugak.

~bahan ber mi tak kisahla mihun ke mi kuning ke mi maggi ke spageti ke aku paling suka waktu lapar tapi tanak makan nasik. dan masak ikut selera aku. ada sekali aku pi buh pes tomyam goreng gitu aje dengan mi kuning. gila tak masuk taste Chef Wan langsung. aku tengok pun tak lalu. tapi ummi rasa dan tambah 2,3 kali (agaknya nak ambik hati hehe padahal aku tak kisah pun kalau takde orang makan. aku kan goreng untuk perut sendiri sebab aku jenis sebat je kalau dah depan mata). tapi aku segan lah sebab mi goreng ummi memang sedap menjilat pinggan dan ini fakta yang semua member ofis aku cakap lepas depa kerumun bekal mi goreng aku!

anyway, learning is a process along the life. so buat apa nak malu. in the end, aku harap masakan aku nanti boleh gemukkan orang sebelah. barulah orang cakap bini kelas A. wkwkwkwk




#aku tak berdarah biru!

lewat 2 hari lepas, member satu ofis yang lain kaler dengan aku tegur,

"hang tak mohon BR1M  ka?

"nape? takyah la. aku rasa aku tak layak kot. aku kan duk dengan parents aku"

"eh, apehal. duit kita tu tau. mintak je. mana tahu dapat. untung"

"hah. tau pulak kau tu duit kita. selama ni kau duk pangkah buat apa?" dan-dan aku sembur.

"hahaha" dia gelak besar

"ape syarat?" aku sambung, tanpa rasa segan.haha

"isi rumah tak lebih 3 ribu"

"uih. tak boleh la tu. tak lepas aku nanti"

"alahai. kau ni skema sangat. isi la bujang dan tinggal sendiri"

"eh tanak aku.hak orang tu" (dosa wey.walaupun duit kita, tapi kalau ada orang yang lagi memerlukan, baik toksah la. nak buat makan tu)

"alahai"

"okay. gimme the link" aku provok dia nak tengok.

"oi. apehal kau puak pembangkang nak pulak makan duit kerajaan!"

mampus. dia pi kecoh satu ofis pulak.

"aih. alih-alih tadi kau kata tu duit kita!" aku balas lagi kuat. ah. semua orang tau aku tak berdarah biru.

#muallimah adik

setiap kali verangan, bukan main banyak lagi cita-cita entry nak dikarang. sampai ke sini terus lupa. anyhow, just nak cerita pasal si adik bongsu yang dah start masuk darjah satu. walaupun baru darjah satu, tapi mulut dia macam tingkatan 3. bercaaaaaaakap tak henti-henti. popcorn pun tahu letih.

tadi pagi ada pre-register kat sekolah baru dia.sekolah al-taqwa. sekolah PAS. sekolah integrasi bawah kelolaan JAIS tapi diuruskan sepenuhnya oleh PAS. ala-ala PASTI versi sekolah rendah. dan nak kata baju pun dah tahap muslimah pas. jubah hijau dengan tudung putih.

"adik ada cikgu baru"


"yeke. nama apa?"


"nama dia Muallimah Sya..."

"sya hape? syafiq? syasya? syamdol? syamsiah?"

"taklah. Syafiqah"

dan. respon aku macam,

"WTH?"

Syafiqah. setahu aku tu nama batch budak-budak 90-an. berapa umur cikgu dia ni? hape-hape la dik oi. semoga kau sukses selalu :)



Saturday, 14 December 2013

#meeting new friends


"Masa memula aku kenal kau, aku ingat kau ni serius. tak sangka kau bongek macamni"

"eh, sengal jugak otak kau ni ek. ingatkan lurus innocent je"

"tak sangka kau camni, aini. haha ingatkan skema hahaha"

~ aku memang susah nak mesra dengan orang. bila dah terkeluar peel pepelik tu tanda aku dah start serasi dengan depa. after meeting new friends, dialog biasa diorang sama macam atas-atas ni :3