Monday 17 June 2013

#berdengung

haii.

haii.

haii.

cukup.cukup.cukup.berdengung-dengung sebab sekarang ni aku ada dalam dimensi sendiri dan sedang dalam mood hibernasi dari dunia luar.cuma aku dengan blog je tak mampu dipisahkan.kemainn.

hibernasi---aku dah mampu survived tanpa dunia global di hujung jari yang paling advanced iaitu Facebook.the positive part is i dont spend long time scrolling down the news feed & tiba-tiba je icon google kat taskbar macam tak dapat dilihat dengan mata kasar,walaupun secara batin aku tau beliau setia menanti.lagi,i dont have any worry kalau wifi malu-malu segan nak singgah.ada aku kesah.hikhik banyak jugak positive yang lain.but the worst part are why imma still tak siap jugak tesis sebab asyik tengok cerita korea & running man (thats mean i'm addict to my lappy,not the web) dan i dunno what happen around the world since i'm no a loyal penonton tv---no a hardwork pembaca akhbar.kalau baca surat cinta i tau la.tapi surat cinta sang-sang monyet.macam duduk dekat pulau yang tak ada orang,bila orang cakap pasal isu-isu semasa baru lah terhegeh tanya kat member sampai dia naik hangin.

"eh kenapa?" "oh yeke..." "lepastu?" "ada apa?" "jadi?" 

[dont try this at home,sebab mungkin akan ada tapak kaki member naik ke muka]

oh ya,recently aku install social apps yang masih panas-panas baru angkat dari kuali --- Kakao Talk.aku rasa aku memang addict dengan segala apps yang ada kat Google Play.semua nak install.macam la ramai sangat yang nak diajak berbual.macamla perlu sangat.macamla banyak sangat urusan yang nak guna segala benda alah tu.nampak sangat aku forever alone.sobs. *kesat air hidung air mata

tu hari masa install LINE ada member cakap

"kau ni terpengaruh sangat dengan Siwon kau" 

err.siwon aku?sorry aku takde pet.siwon pun tak kenal aku.jadi aku buat kesimpulan bukan sebab siwon atau segala model yang diajak bergambar semasa iklan apps tu yang mempengaruhi minda bawah sedar aku masa install bebenda alah ni.mungkin kalau member aku tau sekarang ni aku ada Kakao Talk mesti dia cakap

"kau fanatik sangat dengan Yuna Zarai &Big Bang"

eh sorry sikit.aku kenal Big Bang pun masa tengok Running Man okeh.no no no.walaupun aku suka tengok cerita korea bila aku ada masa, tapi aku bukanlah seorang k-popers yang gigih.aku hanyalah seorang yang banyak free time di waktu kerja membukit.tu je.


tujuan adinda hadir ke sini sebenarnya nak membebel pasal customer service.macam biasa lah kan.kalau nak marah-marah kompem dalam ni.tak tau lah kenapa susah nak jumpa service yang boleh buat customer rasa bahagia hati.kenapa kenapa kenapa ini semua terjadiiii~~~ (nyanyi lagu awie skek)

ceritanya aku terjatuh hati pada satu dress mustard yellow kat instagram.dengan hati yang berbunga-bunga teruja,aku pun cuba menyunting beliau dari pemiliknya.direction kat situ terang jelas nyata sila whatsapp.dah kena lah dengan aku yang sememangnya ada akaun whatsapp lagi lah senang.oppss oppss.sebenarnya tak senang jugak.makin buat hati panas adalah.

tau tak definisi senang tu sebenarnya yang memudahkan orang lain.kalau nak meniaga buat cara nak meniaga.customer mesti nombor satu.dan customer taknak tahu susah kau sebagai peniaga.dia nak yang paling membahagiakan dia.itu prinsip pelanggan yang perlu kau faham.

berbalik kepada apa yang panas sampai naik hangit sikit sebelah jiwaku tu.aku whatsapp dia pukul 9 pagi.dah waktu bekerja kan?tak terlalu awal aku rasa.berpatutan.kalau ofis kerajaan aku tak tau la orang ofis dah masuk belum time tu.haha agaknya jam tu tengah minum-minum tukar lampin anak lagi lepas punch card buat syarat (sorry i dont mean anything,cuma berdasarkan pengalaman je).

1)whatsapp---bila recipient dah baca mesej,it would be ticked 2 times.so dari situ sender dah tau dah kau dah baca belum dan akan wondered bila kau nak reply mesej dia.takkan jam 9 pagi tak bangun tido lagi?angun pagi-pagi murah rezeki weh.customer awal pagi tu.

2)whatsapp---bila kau tak reply mesej lepas sejam,tapi sender dapat tengok kau last seen 2 minit lepas.perasaan dia  macammm...........POOP! haha

3)kalau nak meniaga buat cara meniaga.sampai customer hantar mesej berkali-kali.kau tak risau ke dia cari kedai lain.serius ah weh.dan aku tak menafikan,almost semua yang buat benda-benda yang bikin customer  malas nak berurusan adalah peniaga melayu online.aku bukan anti dengan korang,malah bukan semua pun perangai macamtu.ada je yang bagus.roommie aku pun bisnes online jugak laa.tapi pliss lah sikap segelintir daripada peniaga macam ni menjatuhkan air muka yang lain.kalau korang dah tak serius meniaga,tolong exsplen.jangan tinggalkan aku sendirian hukhuk.kalau tengah sibuk,at least bagi tau masa tu jugak macam

"maaf,sejam lagi saya balas mesej you"

"saya akan tolong check untuk sis,sabar ya"

customer akan rasa persuaded tau.kalau buat macamtu almost guaranteed lah dia akan beli barang lagi dengan korang sebab layanan korang tambat hati dia.benda basic,tapi main psikologi.kalau lambat balas mintak lah maaf.bukan jatuh pun ego korang,customer akan lagi respect.ini dahlah lambat balas,layan pun macam nak taknak je.adoooi.tak faham lah,tanpa customer korang boleh hidup ke?kecewa gila aku sebagai orang yang minat nak beli.walaupun harga dekat kau murah tapi cara kau layan customer lebih baik beli yang lagi mahal untuk benda yang sama tapi pandai ambik hati.annoyed gila.berlagak tau cara kau.

maaf lah aku teremo.aku cuba tegur dengan berhikmah tapi aku failed.

#tolong ambil kursus menambat hati pelanggan,bukan mak mentua je yang nak kena tambat hatinya.

1 comment:

  1. aku tak penah try beli barang online lagi.takut duit kena bawak lari.haha. nanti ajar aku.tak punnnn jom shopping !

    ReplyDelete