Wednesday, 11 January 2012

#wordless wednesday!

.: syahdu :.


Masih ingat lagi entry saya berkenaan masalah air di kolej indah ini? Entry yang INI.

Petang tadi hujan turun membasahi bumi Bangi untuk kali kedua, setelah sekian lama musim kering dan panas melanda. Tidak lebat, tapi cukup memberi harapan kepada penghuni kolej supaya masalah air dapat diselesaikan dengan segera. Apatah lagi, semalam Harian Metro ada mengeluarkan kenyataan yang dipetik daripada pegawai atasan SYABAS bahawa bekalan air sedia ada dalam Empangan Sungai Langat & Empangan Semenyih tak lagi mampu menjalankan tugasnya seperti biasa sekiranya musim panas kering terus melanda Barat Semenanjung Malaysia. Kegawatan ini ditambah lagi dengan musim perayaan Tahun Baru Cina yang pastinya menyaksikan peningkatan permintaan bekalan air.

Sejuknya hujan terasa memberi kesan ke dalam hati, bila teringat alpanya saya kepada Dia yang Maha Pencipta. Bagaimana tidak, waktu panas terik, dengan bekalan air tiada sehingga tekak pun kering dan bibir menggelupas, waktu itu baru terasa lemahnya diri, kecilnya kita sebagai hamba. Apa yang boleh kita lakukan kalau kemarau terus-terusan berlaku?

Syahdu makin terasa apabila beberapa kali saya dan Kak Aishah terpaksa solat di surau kolej. Bukanlah terpaksa sebenarnya, tapi ia bermula dengan terpaksa juga pada awalnya kerana blok kami yang kehabisan air menyukarkan kami untuk mengambil wudhu’. Dan untuk kesekian kalinya waktu Maghrib tadi kami bersolat di surau itu, kali ini bersama Kak Dyah kerana hujan lebat tidak mengizinkan kami pulang ke bilik selepas pulang dari DTAMS menjawab kertas Falsafah.

Agaknya kalau tak kerana hujan lebat & masalah air tu, mahu atau tidak kami bersolat di situ? Menusuk ke kalbu bacaan imam solat, dan lebih terasa lagi saat habis berjemaah, kami bersalaman dan berlaga pipi untuk pertama kalinya sepanjang tempoh perkenalan kami bertiga, SAYA, KAK AISHAH & KAK DYAH lebih setahun ini. Terasa kami memang benar-benar seperti saudara.

Hujan ini betul-betul membawa pelbagai hikmah. Oh, ketiadaan air ini pun. Musim kemarau ini juga. Semuanya ada hikmah.

Hujan itu petanda Dia masih belas & kasih kepada kita, yang selama ini tak pernah berasa puas & bersyukur dengan nikmat yang diberi, malah minta yang lebih daripada itu pula.

Tiba-tiba saya terfikir, mungkinkah ada orang yang solat hajat minta hujan turun? Mulianya hati beliau, semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya.

nota kaki : Alhamdulillah, blok 12 sudah ada air mulai pagi tadi, buat pertama kalinya tanpa putus bekalan lagi. tiada lagi debaran setiap kali bangun subuh. moga tekanan dan paras air sentiasa meningkat, atau paling tidak konstan. :)


Saturday, 7 January 2012

.: i wish i wasnt that lazy, LOL!

  post kali ini hanya nak berkongsi gambar aja, maklum lah minggu peperiksaan. :]















.: dahulu aku benci kelembutanku :.



 Dahulu aku benci kelembutanku
Tapi aku tak sedar
Kelembutanku penawar kekerasan Adam ku

Dahulu aku benci kelembutanku
Tapi aku tak sedar
Kelembutanku tanda naluri ku seorang gadis


Dahulu aku benci kelembutanku
Tapi aku tak sedar
Kelembutanku tanda kasih kepada adik-adikku

Dahulu aku benci kelembutanku
Tapi aku tak sedar
Kelembutanku pengubat duka abah & lara umi

Wanita
Banggalah Tuhan memilihmu
Penerus keturunan pejuang agama
Kelembutan mu bukan tanda lemah
Tapi permata  anugerah!

.: entah kenapa, ya?


Entah kenapa ya, mungkin kita tak sedar,
Kita hidup perlu saling bergandingan,
Bukannya saling menyalahkan.

Entah kenapa ya, mungkin kita tak sedar,
Kita hidup perlu saling menyokong,
Bukannya saling bertabrakan.

Entah kenapa ya, mungkin kita tak sedar,
Kita hidup perlu saling memberi peringatan,
Bukannya saling membenci.

Entah kenapa ya?

.: exam menjelma! :.


Jam 11.59 pm. Semenanjung Malaysia.

Di sana : tadi dah beli baju putih baru, seluar baru, kasut baru, tudung baru, beg baru, pencil case baru, stoking baru, alat tulis.err lagi apa yang belum beli baru nih..ohh botol air. Esok lah pergi Parkson dengan mak.

Di sini : tadi dah baca nota ni. Tapi kenapa tak ingat pun? Adui. Eh sejak bila ada tajuk ni pulak? Yang ni bahagian mana pulak yeh? Ohh ni catatan pasal apa ni? Alamakk! Dah pukul berapa ni? Tak tidur la malam ni nak revise segala benda!!

Macam-macam ragam manusia. Suatu waktu dulu kita pernah berada dalam situasi DI SANA. Tapi malam ini mungkin ada antara kita (termasuk saya) sedang berada dalam situasi DI SINI.
Apa pun, selamat menjawab dengan seikhlas hati, yang terbaik daripada anda kepada pensyarah pada minggu-minggu exam ini.  :)



-sedang bersiap-siap menggosok baju, simpan rapi-rapi slip peperiksaan, kad matrik, alat tulis : pen, pembaris, pemadam, pensil yang diikat getah.

.: abah :.

I don't consider myself beautiful.
I know I'm not perfect, but there is a guy in my life that makes me feel close to it.
Every morning I wake up, and he's waiting for me.
As I walk into the room he'll say "good morning sunshine!"
When I'm not wearing makeup he'll tell me I'm beautiful.
This is the one guy I can't live without.

I LOVE YOU ABAH

-origin : productive muslim